Friday, September 30, 2011

Cinta Dalam Diam



Assalamualaikum. Aku ada kisah benar yang ingin diceritakan kepada korang semua. Ceritanya berbunyi begini. Hayatilah, huhuhu~


Diya pergi ke sana untuk menuntut ilmu, UIA itulah tempat Diya melayari cerita hidup yang sebenar. Niat Diya disana hanya satu iaitu belajar namun apakan daya, hatinya tiba-tiba tertawan pada seorang pemuda yang juga rakan sekelasnya, Farhan. Diya hanya memandang dari jauh, memendam perasaan yang makin menular di segenap ruang hatinya kerana Diya masih sedar ada batas-batas dan tingkah laku yang harus dijaga sebagai wanita yang beragama.


Perasaan dalam hati Diya tidak mampu dipendam lagi lalu Diya pun berjumpa dengan seorang pensyarah wanita yang rapat dengannya di universiti tersebut. Dia meluahkan perasaan yang terkandung dalam hatinya selama ini. Siapakah pemuda itu dan bagaimana dia jatuh cinta, semuanya diceritakan. Pensyarah tersebut hanya tersenyum kerana dia sudah tahu semuanya. Sebelum Diya berjumpa dengannya, Farhan terlebih dahulu berjumpa dengannya meluahkan perkara yang sama. Namun hal tersebut dirahsiakan daripada pengetahuan Diya. Ternyata Farhan dan Diya mempunyai perasaan yang sama, getus hati pensyarah tersebut.


Namun perancangan Allah tiada siapa yang tahu. Selepas seminggu kejadian sesi luahan hati Diya di pejabat pensyarah tersebut, Diya telah meninggal dunia kerana dilanggar lari oleh sebuah kerana. Diya telah meninggalkan dunia ini bersama-sama perasaan cinta yang dia telah sembunyikan selama ini.


Farhan menunduk kesedihan apabila pensyarah tersebut menceritakan kembali segala yang Diya luahkan kepadanya sebelum kejadian itu berlaku. Dia redha dengan ketentuan Allah. Semoga Diya tenang disana. Itulah doanya. Al-Fatihah.


Inilah kisahnya. Sebenarnya cerita ni panjang tapi aku ringkaskan supaya korang senang membacanya. Sedih! Itu yang aku rasa lepas dengar cerita nih. Terima kasih kepada orang yang menceritakan hikayat dulu kala ini kepada aku dikala aku kebosanan. Apabila aku dengar cerita nih, aku teringat sesuatu.


Al-Imam Tahtawi r.a. di dalam hasyiyah Muraqi Al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah), menukilkan perkataan daripada Al-Imam Suyuti r.a.: “Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya, maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan syahid di akhirat.”


Wallahualam

3 comments:

Salsabila said...

:)

Allah itu tahu, sedangkan kita tidak kan shiqah ^_^

Addin said...

sedih tapi beliau mendapat ganjaran yang besar :) alhamdulillah

Tiqiezaidi :) said...

Shiqah kte share eh. Nnti kte credit dkt awk. Thanks :)