Wednesday, February 22, 2012

Kita Bersaudara Biar Sampai Ke Syurga, Dengan Izin Allah.



Biar adakalanya dia buat kau kecewa
Biar adakalanya dia buat kau gundah
Tetapi tak mengapa kerna dialah juga
Yang mengambil hatimu bila keadaan reda

Oh kita bersaudara kerna slalu mengalah
Tak guna marah marah nanti berbaik juga
Oh kita bersaudara tak guna gaduh gaduh
Kerna air dicincang tidak akan putus

Biar kau dalam susah semua orang tak menegur
Agaknya tangan siapa yang sudi menghulur
Jika tak adik beradik yang tak mungkin berkira
Walau sekali kau beri selalu yang kau terima

~ Kita Bersaudara - KRU ~


Hubungan antara adik beradik itu indah kan? Bibir tersenyum sendiri bila melihat gelagat kedua-dua adik beradik itu. Tak dikenali tapi selalu terjumpa. Selalu. Mereka berdua sweet sangat, adik dan abang. Pagi-pagi selalu terserempak dengan diorang. Si abang hari-hari bawa adik dia dekat belakang, naik basikal pergi sekolah sama-sama. Tengah hari pergi sekolah agama pula. Kagum dengan peribadi si abang itu. Tak pernah lelah dan merungut. Semoga hubungan mereka berdua tetap kekal begitu hingga masing-masing dewasa kelak, InsyaAllah.

Teringat dulu waktu kita semua (adik beradik aku dan mungkin juga kamu :D) masih kecil molek, kita boleh duduk bertepuk tampar kan, boleh gurau-gurau lepas tu tiba-tiba bergaduh tapi tak lama kita baik balik. Tidur sama-sama, makan pun kongsi-kongsi. Macam-macam aktiviti waktu kecil, ada yang manis dan ada yang berapa tak manis, pendek kata ada masin pahit payau-payau gitulah. Mesra je kan hubungan kita semua waktu kecik-kecik. Sekarang pun masih sama. Walaupun semua dah besar-besar, bila kumpul ramai-ramai terus jadi budak kecik balik. Hahaha :D Alhamdulillah, semua ini kurniaan dan anugerah dariNya. Bersyukur selalu.

Teringat pesanan mak aku tapi aku tulis disini menggunakan versi aku lah yer.

"Jangan ada perasaan hasad dengki atau iri hati antara satu sama lain. Jika ada sedikit rasa tersebut maka terlerailah ikatan yang terbina tanpa sedar. Pergilah bercuti sama-sama, buatlah apa saja aktiviti bersama-sama tapi semua tu tiada guna jika dihati kita mempunyai  rasa tidak puas hati antara satu sama lain. Hidup kita ni semuanya bermula dengan HATI. Disitulah pusat utama segala-galanya dalam mencorak kehidupan kita. Paling penting, jangan sesekali membelakangkan ibu bapa, hormatilah mereka dan bersihkan hati kerana dengan kekuatan itu hubungan adik beradik tidak akan putus sampai bila-bila."



:: Pen Off ::



CS: Maaf sangat-sangat. Allah sedang menguji saya dengan masa sikit baru-baru ni. Nanti ada masa yang lainnya, blog kawan-kawan semua saya jengah yer. InsyaAllah. :)

3 comments:

Iman Lurv Islam said...

TQ atas perkongsian...saya ada 7 org adik beradik...6 lelaki...bila dah besar semua buat hal masing-masing...bercakap pun jarang-jarang sekali...xmcm dulu...hurm, sbgai Abang Long cuba utk mewujudkan suasana, tp agak sukar sbb kepala lain-lain...btw, harap lepas ni akan lebih berani utk mewujudkan kebahagian...rasa bersalah jugak, dgn sahabat sy boleh happy2, tp bila dgn adik-beradik mcm xkenal je...hehe, sorry luah kat sini plak...tapi, dah lama perkara ni bermain di kepala...tiba-tiba Cik Shiqah trigger plak....hehehe, doakan kami ye...

Ckin Kembaq said...

dulu kecik2 slalu gaduh, bila besar tak dah..malah lebih ok..mungkin sebab matang dah kot... ^_^ 7 beradik jugak..hehe

Cik_Shiqah said...

Iman: InsyaAllah, kemesraan antara adik beradik tu akan wujud jgk nanti. yg pnting jgn berhenti berusaha ya abg long! haha. InsyaAllah, amin :)

Ckin: hehe. best kan wktu kecik2? saya 5 org je. :D