Monday, February 6, 2012

Marilah Kita Mencintai Rasulullah SAW

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Setelah diperintahkan oleh Allah supaya menyebarkan Islam secara terang-terangan, maka Rasulullah SAW pun menjalankan dakwah dengan penuh hikmah, namun baginda mendapat tentangan daripada kafir Quraisy Makkah. Namun begitu baginda tetap tabah! Baginda berubah arah pula ke perkampungan Taif, yang amat subur tanahnya. Malangnya penduduk Taif juga menolak. 

Di Taif, para penduduknya bukan saja menolak dakwah baginda malah baginda yang ditemani Zaid bin Thabit dilontar dengan batu. Zaid sedaya upaya melindungi baginda Rasulullah SAW, namun baginda yang mulia itu tetap terluka dan mengalir darah.

Mereka berdua berlari menyelamatkan diri dan singgah berteduh di bawah sepohon pokok. Sejurus itu juga Malaikat Jibril datang dan meminta izin untuk mengangkat bukit dan menghempap penduduk Taif yang biadap itu.

Namun Rasulullah SAW tak membenarkannya. Baginda dengan tenang bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya mereka tidak tahu. Kalaupun mereka tidak beriman pada hari ini, tetapi siapa tahu suatu hari nanti anak cucu mereka yang akan menerima seruan ini."

*******************

Sayunya hati. Pilunya hati. Lihatlah, betapa mulianya hati Rasulullah SAW. Sedangkan Malaikat Jibril yang ada disitu juga marah! Malaikat yang Allah cipta tanpa perasaan juga marah tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berdoa supaya dikurniakan hidayah buat golongan itu, sesungguhnya mereka tidak tahu. Baginda yang mempunyai hati dan perasaan itu tetap tenang. Subhanallah. Cinta Rasulullah SAW buat umatnya, memang tiada tandingan. Allahu Akhbar.

Oleh sebab itu wahai umat Nabi Muhammad SAW semua, marilah kita mencintai Rasulullah SAW dengan setulus hati kita. Marilah kita cintainya dengan sebenar-benar cinta. Ayuh kita ucapkan rindu kita padanya dengan sepenuh jiwa dan raga kita, dengan hati nurani dan dengan penuh perasaan.

Ya Rasulullah, kami cinta dan rindu padamu.
Ya Rasulullah, saksikanlah betapa kami ingin bertemu denganmu.
Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai dalam mengingati kekasihMu dan kekasih kami itu.


Sentiasalah mengingati perjuangan dan cinta Rasulullah SAW pada setiap waktu, bukan pada waktu-waktu tertentu. 


3 comments:

Amelia said...

thanks for all of ur sacrifices Muhammad :)

Faaein Talip Roy said...

sentiasa ingat akan baginda setiap masa... ^^,

Iman Lurv Islam said...

kalo Iman berada yg berada pd situasi tuh, mmg akan suruh Malaikat Jibril hempap je penduduk Taif yg xnak terima Islam tuh malah menggunakan kekerasan...geram betul...

InsyaALLAH, kita cuba menzahirkan cinta kita terhadap Rasulullah ye...