Aku mahu terbang di atas langit biru itu. Menikmati ketenangan dan kebahagiaan di atas sana. Bersama burung-burung yang masih kenal erti hormat sesama makhluk. Walaupun seekor burung. Aku kagum dengan peribadinya. Di atas langit biru itu, aku boleh terbang bebas tanpa memikirkan masalah yang berkerumun di jiwa. Biarkan saja masalah-masalah itu jatuh satu persatu di atas lantai bumi, aku rela. Biarkan saja masalah-masalah itu dibawa angin lalu, aku sangat merelakannya. Melarikan diri? Mungkin. Arghh, pegecutkan aku?
Aku mahu terbang. Tapi mungkin langit yang cerah itu akan berubah menjadi kelam. Mungkin saja warnanya yang biru itu berubah menjadi kelabu-hitam. Sungguh saat ini aku mahu kekecewaan ini diganti dengan titis-titis hujan yang lebat buat kali terakhir. Biar semua perasaan ini pergi tidak kembali lagi. Namun aku tertanya-tanya, kenapa harus aku berperasaan sebegitu sedangkan aku tidak layak langsung mempunyai sekelumit pun rasa itu?
Sungguh aku mahu terbang sekarang.
Tolongkah fahami diri ini.
Yang Mengharap,
Aku Mahu Terbang.
10 comments:
kalo nak terbang boleh jewr...simpan niat nak tunaikan haji/umrah...nek kapal terbang & beribadat di Masjidil Haram...luahkan segala apa yg ada di dlm hati...InsyaALLAH, segala kekusutan akan terlerai...hohoho
p/s - mcm takde kaitan jewr!!!
Jom! Jom sama sama terbang. Lari dari realiti kehidupan. Semoga bila kita terbang, perasaan sebgitu juga terbayang melayang jauh dari fikiran. Mungkin. Melarikan diri tidak bermakna pengecut andai melarikan diri atas tujuan mencari ketenangan.
iman: one fine day, InsyaAllah. pray for me to go there. :)
Husnina: Jom. Tmankan saya. huhu :) Terima kasih atas kata2 tuh! :)
nak ikotttttt.. hehe
mia: hehe alolo nak ikut ke? jom2! hehe :D
boleh terbang asalkan jangan lari dari masalah :)
p/s : diri sendiri jg sering lari. huhu :D
HH; hehe insyaAllah. diri cuba utk memyelesaikan mslh. setiap mslh ada jln penyelesaian. tak perlu melarikan dri. :)
p/s: terkdg diri ini juga terbabas. haha :D
kat atas takleh komen..
komen sini.. ^_^
nak terbang?boleh..usaha utk terbang ke makkah.. ^_^ tmpat paling nak tuju.. ^_^
untuk entri sangat sedih.. menunjukkan shiqah kena tunaikan hajat tu mungkin..
untuk entri terbang.. sangat best!.. rasa nak terbang aje di bawah langit nan biru..
ckin: :) InsyaAllah.
Kak Faaein: mungkin.. huhu..
:) kalau lah boleh terbang kan kak?
Post a Comment