Sungguh kekangan masa membuatkan aku teringin untuk bersiar-siar di luar sana. Menghirup udara segar untuk seketika cuma. Baru tersedar masa cuti ini tidak diperuntukkan dengan sebaiknya buat diri sendiri. Maka aku terus mengajak Marissa pergi ke taman permainan di belakang rumah. Sambil melihat Marissa and the geng main kejar-kejar, aku hanya duduk santai di bangku yang disediakan. Di sebelah ada dua orang remaja perempuan sedang berborak. Awal remaja mungkin. Mata mengawasi si kecil Marissa tapi telinga kadang-kadang terdengarkan perbualan remaja di sebelah.
"
.................... susahnya nak jadi baik ...................."
Perbualan yang lain tidak aku endahkan cuma sebaris ayat di atas yang diungkapkan salah seolah daripada mereka membuatkan aku tersenyum. Susahnya nak jadi baik. Ayat itu juga pernah diungkapkan oleh mulut aku dulu. Permulaan untuk menjadi baik itu banyak ujiannya. Sungguh.
Perjalanan ini kita mulakan dengan niat untuk menjadi baik. Melangkah dengan penuh harapan, agar dibalas dengan semanis keindahan. Tanpa kita sedar, jalan yang dipilih bukan mudah untuk dilalui. Ramai yang sudah tersungkur walaupun belum sempat kakinya melangkah. Bila kita berjalan, kita akan dipandang sepi. Bila kita berlari, kita akan dikeji. Bila kita berkata, kita akan dikata. Bila kita terjatuh, kita akan dikutuk. Bila kita mendekati, mereka akan menjauhi.
Alangkah runtunnya hati ini, bila kita berkorban mengharapkan yang terbaik tapi kita pula dihamburkan dengan kata-kata nista. Dugaan demi dugaan yang datang tiba-tiba membuatkan bibir kita berkata, "susahnya nak jadi baik." Rasanya seperti ingin lepaskan diri. Membiarkan ia bebas dan terbang tanpa ikatan. Hati mula rapuh, pendirian mula bergoyah. Semakin lemah kaki melangkah, semakin lesu hati berkata, semakin mata kita berkaca.
Tiba-tiba, satu suara memberitahu satu cerita. La Tahzan, La Tahzan, La Tahzan. (Jangan Bersedih, Jangan Bersedih, Jangan Bersedih) Kata-kata yang memberi seribu makna, kembali menyegarkan jiwa. Lantas kini, diri ini teguh berdiri. Hati ini meragut kembali sejuta misi. Kembali dengan wajah yang sama tetapi membawa semangat yang lebih berganda banyaknya. Dengan izin Allah, pengembaraan diteruskan hingga lah sekarang. Kembara Hamba Mencari Cahaya pasti akan diteruskan hingga akhir hayat. Permulaan yang pahit dahulunya moga Allah balas dengan keindahan di pengakhirannya. Moga Allah Redha.
P/S: Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Jalan ke syurga itu penuh dengan onak dan duri, jalan ke neraka itu penuh dengan keju dan roti. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. May Allah Bless Us! Assalamualaikum :)
Wassalam.
Ilaliqa'.
9 comments:
Fitrah manusia suka akan kebaikan. Sebenarnya melakukan kebaikan lebih mudah daripada melakukan maksiat. Tak percaya?
Mana lebih senang. Pergi konsert atau pergi masjid? Kalau pergi konsert, perlu keluarkan duit untuk membeli tiket dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Faedah? Belum tentu. Kalau pergi masjid, langkahan kaki pun sudah dikira. Tidak perlu keluarkan modal. Malah makin dicintai Allah. Asal niat betul.
Mana lebih senang. Bersedekah atau mencuri? Kalau bersedekah, hanya keluarkan duit. Zahirnya berkurang sedangkan hakikatnya semakin meningkat saham di sana. Kalau mencuri, hati gelisah dan tidak tenteram. Hidup dalam ketakutan. Tidak bahagia.
Selagi dunia tidak kiamat, selagi itu peluang masih ada. Kenapa harus memandang dosa yang lalu sedangkan kita masih punya waktu?
Pandangan manusia. Cuba jadi tegas! Manusia kalau kita buat baik, ada orang tidak suka. Kalau kita buat jahat apatah lagi, mesti ramai juga yang tidak suka. Jadi, buat hanya apa yang Allah suka walaupun manusia tidak suka. Pegang prinsip itu! Kerana kita bukan hamba manusia, kita hamba Dia! Ini bukan marah tetapi tegas dan semangat!.
kopipes dr IluvIslam :)
moga Allah kasih ukht ^^
Pahit permulaannya, itulah yg menjadikan pengakhiran dan hasilnya, sangat bermakna kan? :')
ingin meniti jalan ke syurga :')
jom sama2 kita perbaiki diri...
Kak Nazihah: Pandangan manusia. Cuba jadi tegas! Manusia kalau kita buat baik, ada orang tidak suka. Kalau kita buat jahat apatah lagi, mesti ramai juga yang tidak suka. Jadi, buat hanya apa yang Allah suka walaupun manusia tidak suka. Pegang prinsip itu! Kerana kita bukan hamba manusia, kita hamba Dia! Ini bukan marah tetapi tegas dan semangat!
suka kandungan ini.. mmg trus meresap dlm hati.. :') syukran ats peringatan dan nasihat
moga Allah kasih ukht jua :)
******
Husnina: yup.. sgt bermakna.. kdg2 seseorang itu harus menempuhi jln yang penuh cabaran utk sampai ke jln yg lebih baik.. :')
******
Kak Dini: sama lah kita.. setiap org mukmin itu pasti ingin meniti jln ke syurga.. tidak putus doa kpdNya agar mndpt pengakhiran yg indah di akhirat kelak. insyaAllah.. sama2 lah kita yer :)
memang pahit, tapi manisnya akan dirasai kemudian.. ^_^
cerita yang menarik shiqah teruskan :)
ckin: yup btul tuh :)
ain: syukran laling.. insyaAllah, doakan :)
ya allah akak,. sedih baca post akak ni.sbb sy pun rasa benda yg sama.... "susahnyaa nak jadi baik" thanks for the advice, :')
amalina idris: sama2 dik :') insyaAllah permulaannya mmg nampak payah tapi jika kita sudah menjejakkan kaki ke lembah perubahan psti semuanya akn senang. Bagaikan ada stu kuasa yg menarik kita agr terus menerus untuk berubah ke arh yg lbih baik.. Allah pasti membantu di setiap lgkah kaki kita tu.. Jangan risau dan takut untuk berubah.. :)
Post a Comment