Assalamualaikum. Pada tarikh 19.4.2011 bersamaan dengan hari Selasa, seorang hamba Allah telah meninggalkan dunia ini menemui sang Penciptanya. Sedang aku mengayuh basikal nak pergi sekolah, ternampak sebuah van jenazah masuk ke dalam kawasan perkuburan. Dekat situ ramai orang. Aku pandang van jenazah tuh, perasaan sedih tiba-tiba pula datang. Sempat aku sedekahkan Al-Fatihah dalam hati.
Aku kayuh basikal perlahan-lahan, dalam fikiran masih memikirkan perkara yang sama. Aku sedar yang aku kini hanya di persinggahan. Aku juga pasti akan kembali menemui Pencipta aku iaitu Allah SWT. Kadang kala aku terlalu leka dengan dunia sehinggakan aku lupa, di dunia ini hanya tempat persinggahan aku. Tempat aku yang kekal ialah di akhirat sana.
Entah bila masa aku yer? Mungkin esok atau lusa. Aku hanya perlu bersedia kerana 'dia' datang tanpa khabar berita. Hanya Allah yang mengetahui segalanya. Cuma yang aku risau, sudah cukupkah bekalan aku untuk dibawa ke sana? Allah.
Al-Hafiz Al-Hakimi dalam sebuah syairnya mengatakan:
tidak seorang pun yang dapat melepaskan diri daripadanya.
Kematian merupakan penentuan segalanya;
segala sesuatu menjadi jelas akibatnya.
Kubur boleh menjadi sebuah taman syurga;
dan boleh pula menjadi lubang neraka.
Jika ia baik, maka setelahnya itu
adalah kenikmatan yang tiada bandingannya dari Tuhan.
Jika ia jahat, maka setelahnya itu;
adalah kesengsaraan jauh lebih dahsyat.
Demi Allah, sekiranya kau tahu apa yang berlaku selepas itu;
tentulah kau tidak akan tertawa malah banyak menangis.
SESUNGGUHNYA MATI ITU PASTI
"Dimana kamu berada, pasti mati akan mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat."
(Surah An-Nisaa' ayat 78)
9 comments:
ingat mati-waliband.. :)
betul2 .. ingat lah mati ..
mati itu pasti
@naseerpatah
:)
@@iN Smart
yer cik ain :)
@cik diba
amat betul.
hahaha!! memang betul pun :D
jadilah kita orang paling bijak...yang sentiasa ingatkan mati...
sesungguhnya..kita nih adalah seperti perantauan..yang mencari bekalan didunia tuk
perjalann yang msih jauh iaitu akhirat..
persoalannya?cukup kah amalan kita.?
tuk dibwa ke alam lain..yakini alam akhirat..
wallah ualam..
Post a Comment