Rasa cinta padaNya,
Sentiasa mekar di kamar hati.
Rasa cinta padaNya,
Sentiasa mewangi di taman abadi.
Rasa cinta padaNya,
Sentiasa berlagu tidak berhenti.
Rasa cinta padaNya,
Sentiasa menghiasi kehidupan insani.
Rasa cinta padaNya,
Membawa ke syurga firdausi.
Dan..
Tanpa cintaMu Ya Rabbi,
Kehidupan aku tidak bererti.
Tanpa cintaMu Ya Rabbi,
Aku akan hilang pedoman diri.
Tanpa cintaMu Ya Rabbi,
Tiada lagi ketenangan dalam hati ini.
Saudaraku, renungkanlah ini dan bermuhasabahlah. Allah SWT pencipta kita dan seluruh alam. Rahmat dan kurniaan Allah SWT tak dapat kita kira pun. Kenapa manusia masih ingkar padaNya? Apabila kita senang, kita lupa padaNya. Selepas menitiskan airmata, kita akan kembali bergelak tawa semula, lagha dengan nikmat dunia yang hanya sementara. Kenapa? Sesungguhnya hanya sedikit manusia berfikir.
-------------------------------------------------------------
Cinta Allah sangat aku dambakan.
Akan aku raih cintaMu Ya Allah.
Walaupun jalannya penuh dengan duri yang tajam.
Pasti akan aku jalaninya!
InsyaAllah.
Doaku kamu juga turut begitu =)
------------------------------------------------------------
3 comments:
sy cinta Allah :)
- kesedaran itu terkadang hanya seketika cuma...
@AI
insaf itu bukan sementara, tapi buat selamanya...
Post a Comment