Tuesday, November 22, 2011

Sedang Mencari Cinta?



Aku bukan tidak mahu menerima cinta manusia. Aku juga bukan manusia yang membenci perasaan cinta, cuma keadaan dan masa tidak membenarkan aku menerima cinta. Perjalanan hidupku masih mencari-cari dan aku jumpainya sedikit demi sedikit. Aku tidak mahu pencarianku ini tergendala kerana hadirnya cinta manusia dalam hati. Aku tidak mahu apa yang aku dapat daripada pencarianku ini hilang begitu sahaja. Aku masih terasa jiwa ini tidak lengkap, masih ada ruang-ruang kosong yang perlu diisi. Justeru hati ini harus berkorban. Aku sanggup kehilangan cinta manusia namun aku tidak sanggup kehilangan Cinta Allah yang aku cari sepanjang perjalanan hidupku. Aku tidak sanggup kerana Cinta Allah itu merupakan segala-galanya. Walaupun aku tidak mendapat cinta manusia seperti yang lain, namun aku rela kerana hidup aku akan lebih bererti jika Cinta Allah dapat aku genggami. Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar.


Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih aku cintai daripada diriku dan keluargaku, Amin.


Cinta yang kucari adalah cinta Ilahi. Hati ini masih belum benar-benar mencintai Ilahi, aku tidak rela meretakkan cinta yang aku sulam dengan cinta ajnabi. Carilah cintaNya yang hakiki, nescahya kau tidak akan kecewa dengan duniawi.

7 comments:

Ardini Humaira said...

InsyaAllah cinta itu hadir tanpa disedari.. anugerah ilahi... :)

Just Mini Love said...

Cinta kepada Allah adalah cinta yg hakiki.. InsyaALLAH..

Cik_Shiqah said...

Ardini humaira: cinta memang anugerah ilahi. Pabila tiba masanya nanti, Allah pasti akan beri :)

ieyza: cinta kepada Allah itu mmg cinta hakiki :)

Unknown said...

msih mencari cintaNYA

sea_lavender said...

cinta hakiki sudah pasti memberi kebahagiaan yg abadi~

Amelia said...

cinta Allah tu yg penting :) kekal abadi dan tiada sakit

btw, blog lama xupdate sbb laptop rosak laaa.. hehe :P

Cik_Shiqah said...

iffah: sama juga disini

sea lavender: betul tuh :)

mialia: yup, btol tuh.
oh ptutlah dah lama tk update blog. hehe~ :)