Sunday, January 29, 2012

Better Late Than Never But Never Late Is Better. It Is Right?


Perbualan Malam Tadi


"Baguskan kalau orang yang dulu banyak melakukan kemungkaran kini kembali ke pangkal jalan. Mungkin dia akan menjadi insan yang lebih baik daripada kita. Berkali ganda baiknya. Subhanallah. Better late than never kan?" Luah aku pada seorang sahabat aku di pusat tusyen tadi.


"Better late than never but never late is better. I think." Balas dia.


"Memang tak pernah lambat itu lebih baik, malah sangat baik tapi ada ke orang tak pernah lambat?" Tanya aku pelik.


"Mungkin ada jika dia diberi ajaran yang secukupnya." Jawab dia tenang, yakin.


Aku senyum lalu membalas, "Mungkin ada dan mungkin tiada tapi dalam kehidupan ini pasti ada saja yang terlambat. Sebagai contoh, terlambat pergi kuliah. lambat menunaikan solat (lengah-lengahkan), terlambat nak siapkan kerja dan macam-macam lagi. Walaupun benda tu mereka dah tahu dan selalu lakukan tapi mereka tetap lambat. Nah! Sama la juga macam sesetengah manusia ni. Walaupun sejak kecil mereka diajar mengenali Allah, mereka diajar solat tapi kenapa ada juga yang masih lambat untuk lakukan perkara tersebut? Kenapa mereka taknak lakukan perkara tersebut sedangkan mereka sudah diajar? Jawapannya, sebab semua pekerjaan yang kita lakukan sama ada mahu atau tidak, bergantung kepada hati dan hati memang selalu terlambat. Lambat untuk sedar hakikat perasaannya sendiri."


"Maknanya semua orang pernah terlambat?" Soal dia.


"Mungkin. Sebab tu kita tak boleh memandang rendah kepada orang yang terlambat, kerana kita juga pernah terlambat dahulu. Sama ada sedar atau tak sedar. Tapi sebagai seorang insan, jangan terus terlambat kerana kita masih punya waktu. Gunakan waktu yang ada untuk mengejar kembali apa yang kita terlepas akibat kelewatan kita. Rugi jika manusia terus terlambat dalam meniti kehidupan di dunia yang hanya sementara ini kerana hidupnya manusia di dunia adalah untuk mengumpul dan meraih markah kebaikan buat kehidupan di akhirat kelak. Kehidupan di dunia dan akhirat itu umpama ujian di sekolah, siapa yang dapat markah tinggi maka dialah yang akan berjaya!"


"Tapi kita boleh aje mengelakkan diri untuk tidak terlambat kan?" Soal dia lagi.


"InsyaAllah boleh. Sentiasa mengingati mati. Kalau kita selalu ingat mati, kita takkan terlambat untuk buat amalan yang baik. Malah kita juga akan menggunakan masa dengan sebaiknya untuk beribadah banyak-banyak padaNya buat bekalan di sana nanti. Orang yang bijak, dia akan menggunakan masa dengan sebaiknya. Kadang-kadang semasa dia berjalan, bermain dan beriadah bersama kawan-kawan, pahalanya sentiasa berjalan seiring dengan aktiviti yang dilakukan. Hebat kan?" Tersenyum memandang dia.


"Ada yer macam tuh? Tapi macam mana?" Tanya dia bersungguh-sungguh.


"Sewaktu dia berjalan, mungkin dia ada ternampak sebuah batu besar di tengah-tengah jalan, jalan yang dilalui ramai orang. Lalu dia angkat batu besar tersebut dan letakkannya di tepi jalan. Nah! Dia dah dapat pahala sebab dah membuang perkara yang menyakiti di jalan. Semasa dia bermain, dia bermain dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa menjadi ketua yang baik dan semasa beriadah dengan kawan-kawan, seringkali dia mengeluarkan tutur kata yang berhikmah. Hah! Dapat pahala lagi. Semasa dia keluar, dia sering melakukan perkara yang bermanfaat buat orang lain. Pahala, pahala dan pahala. Allahu Akhbar." 


Dia senyum. "Wah bestnya! Pahala sangat mudah diperoleh kan tapi ramai manusia yang memilih untuk melakukan dosa. Hakikat zaman sekarang."


"Itu maknanya mereka sedang terlambat. Doakan saja mereka berubah hati dan bangun untuk mengejar pahala. Jangan berhenti doakan mereka, untuk kebaikan di dunia dan juga akhirat paling penting. Walaupun tiada hubungan darah dengan mereka semua tapi mereka kan saudara seislam kita." Balas aku.


"InsyaAllah. Betul tuh! Lagipun, mereka semua masih punya waktu kan?" Tanya dia sambil senyum sambil memandang aku.


"Yup!" Aku senyum lagi.



4 comments:

Nazihah@Jiha said...

Aku pun senyum juga :]

Alhamdulillah..sgt menghargai perkongsian seperti ini, pengajaran dan peringatan pd diri.

perbualan malam itu pun dapat pahala! tahniah! :D

~terima kasih~

v(^^,)

Ckin Kembaq said...

Alhamdulillah..perbualan yang bermakna wpun pendek.. ^_^

Iman Lurv Islam said...

alhamdulillah, perkongsian realiti yg menarik...InsyaALLAH akan lebih peka dlm menjaga masa...at least, akan cuba utk jadikan setiap detik tu dpt saham pahala...nice...

Cik_Shiqah said...

nazihah@jiha: alhamdulillah, moga bermanfaat di sini juga :)

ckin kembaq: alhamdulillah. Atas izin Allah. Moga bermanfaat :)

Iman: gunakan masa dengan sebaiknya dan berkualiti. Biar stiap masa dan saat pahala sentiasa mengekori diri. InsyaAllah..