 |
Alfaa sedang meminta perhatian! *merayu lebih tepat |
Assalamualaikum. Yeahh hari ni mood ceria sikit. Blog pun ceria juga, cerah aje mata bila memandang. Haha :D Oh ya! Masih ingat akan kisah rabbits yang abah aku amanahkan untuk aku jaga tu? Dulu aku janji nak cerita pasal diorang, sekarang aku akan tunaikan! *semangat-semangat
Malas nak cerita panjang-panjang sebenarnya. Aku cerita secara ringkas aje ok! Pada suatu hari, petang dalam pukul 5:45 PM. (lebih kurang) Aku keluar daripada bilik air, baru lepas ambil wudhuk. Tiba-tiba dengar suara kakak aku menjerit.
" Shiqah! Abah bawa balik rabbit!!"
Ok biarkan dulu kerana nak teruskan niat yang sebenar. Lepas sudah semua, barulah keluar rumah. Teruja sungguh kot! Aku ni dah lah tak boleh tengok haiwan yang berbulu, memang sangat lah aku suka! Kalau haiwan yang terbang-terbang tu, memang aku lah orang pertama yang naik atas meja dulu. (lipas!) Hehe :D
Then my abah said to me,
"Hang jagalah arnab-arnab ni. Kawan abah bagi."
See! Abah aku memang tahu apa yang aku suka. Kalau bawa balik haiwan yang berbulu aje, mesti suruh aku jaga. Dulu Manja (kucing), sekarang rabbits! Alhamdulillah, sangat bersyukur dengan amanah yang telah Allah kurniakan kepada aku ini. Kenapa aku cakap amanah? Sebab pelihara haiwan ini sangat berat tugasnya. Kalau kita tak pelihara betul-betul, kita boleh didakwa di padang masyar kelak.
Haiwan ni hanya orang yang betul-betul suka aje boleh jaga. Yelah, hari-hari kena bersihkan najis dia, tempat tinggal dia, tukar air dia, makanan kena topup setiap masa. Kalau orang yang tak suka, permulaan aje buat sungguh-sungguh tapi bila dah lama-lama buat tak tahu aje. Kan tak bagus tu? :) So kalau nak bela tu, bela betul-betul. Besarkan mereka dengan penuh kasih sayang. Anggap mereka sebagai adik-beradik kita sendiri. Nak tahu? Bila kita jaga mereka dengan penuh kasih sayang, nanti mereka pun akan sayangkan kita. Kita boleh rasa perasaan tu. Percayalah!!!
Ok sesi penceritaan dah tamat! Masa tengok gambar pula. My sweet H and A. Sebelum tu, kita tengok pemberian nama. Nama yang diberi oleh aku dan kakak aku. Jantan kita gunakan pangkal nama H dan betina kita gunakan pangkal nama A. Heart, Hazel, Hemo, Alfaa, Aipink. Kak Hani kata nama mereka berlima unik. (terima kasih! terima kasih!) Kisah disebalik nama diorang ialah,
Heart: Sebab dia baik hati.
Hemo: Sebab dia gemuk.
Hazel: Sebab dia warna coklat.
Alfaa: Sebab dia suka makan daun Alfalfa.
Aipink: Sebab telinga dia warna pink.
Ok sekarang masa untuk gambar yang sebenar! Lihatlah kecomelan mereka! ;)
 |
Waktu diorang mula-mula datang dan masih kecil. Muka pun tak matang lagi. Hehe :D |
 |
My Hero yang dah pandai gaduh pasal awek :p |
 |
My Heroin yang dah pandai bergaya ^^ |
 |
Tempat main-main mereka. Bersih dan suci kerana setiap hari dimop lantainya. |
Sahabat baginda bertanya kepada baginda Rasulullah SAW,
"Adakah kita mendapat pahala berbuat baik kepada binatang-binatang?" Lalu baginda bersabda,
"Berbuat baik kepada tiap-tiap hati yang hidup itu (yang bernyawa) diberi pahala."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Wassalam,
Ilaliqa'.