Pipi dia! Rasa macam nak gentel buat cekodok aje. Haha! (kejam) |
Assalamualaikum. Bila ada cinta, terbukalah gerbang perkahwinan. Bila ada perkahwinan, sudah pasti ada cahaya mata. Kalau tiada cahaya mata macam mana pula yer? Haaaaaaaaaaa!~ Fikirkan, fikirkan. Mari sama-sama kita fikirkan.
Firstly, korang kena baca cerpen ni dulu. Kalau tak baca, korang tak akan faham apa yang aku tulis disini. Untuk lebih faham la kan, sila baca. [PART 1] dan [PART 2]
Dah baca? Ok kembali kepada topik kita. Yeah aku akui bahawa setiap orang yang berkahwin pasti mahukan cahaya mata. Siapa tak nak zuriat sendiri kan? Tapi jika Allah sudah menetapkan begitu, maka begitulah yang harus kita terima. Saling salah-menyalahkan, perlukah semua itu? Arghh tindakan itu hanya akan menyakitkan dan menyedihkan hati masing-masing saja. Bukanlah kehendak si isteri atau si suami untuk berada dalam keadaan berikut, tapi itu semua ketentuan Allah. Bila Allah sudah merancang, pasti akan ada hikmah disebaliknya. Cuma perlu bersabar. Dan aku tahu sabar itu bukan perkara yang mudah. Sebab itu Allah akan beri ganjaran yang banyak buat sesiapa yang berjaya bersabar. Cuma pada zaman sekarang, ramai yang gagal daripada berjaya. Itulah hakikatnya. Aku tahu itu. T_T
Bila baca cerpen di atas, aku terfikir, Adakah cinta dalam perkahwinan itu hanya akan kekal dan bahagia jika dikurniakan zuriat? Kalau tidak dikurniakan zuriat, rasa cinta akan pudar, layu dan hilang terus. Begitu ya? Macam tuh ke? *sedih
Bagi aku perkahwinan itu bukan tentang zuriat sahaja. Bagi aku, Perkahwinan itu adalah tentang perjalanan dalam mencari Cinta Kelas Pertama! Perjalanan mencari cinta Allah kemudian disandarkan pada seorang insan bergelar kekasih yang halal. Menghargai dan memiliki dengan penuh keredhaan! Bukan memiliki tapi tidak menghargai hingga membuatkan harga cinta itu menjadi terlalu murah di mata manusia! Itulah yang tertanam dalam hati aku, sejak dulu lagi.
Sama-samalah kita fikir.
Wassalam,
Ilaliqa'.
5 comments:
mule bace tajuk agak blur
pastu baru paham sesikit
aah kan
anak tu rzeki Allah
huh, dahsyat citer Part 1 & Part 2 tuh....mcm2 perasaan yang berbaur....sedih, marah & geram....apapun, hebatlah Farah tuh...kalo ni citer betul, moga ALLAH tempatkan dia dlm kalangan ahli syurga...
pd pendapat Iman, pada zaman kimia & techno ni, perkara ni akan jadi kebiasaan...cuba kita lihat fenomena skunk ni, ramai pasangan yg berkahwin tak dpt chaya mata....nmpaknya ia mula menerjah dunia realiti....
hurm, sbgai org yg belum kahwin, mmg kita senang la ckp ok je or what else, tapi bila kita yg kena, baru kita tahu beratnya ujian ni....tak tahu la, tapi Iman harap dgn niat yg suci utk bernikah, ALLAH mudahkan kehidupan rumah tangga yang akan kita semua bina....Ya ALLAH, aku sandarkan segalanya padaMU....
cerpen tu sedeh kut.. [TT__TT]
itulah.. perkahwinan bukan semudah abc.. banyak perkara yang nak kena kita hadapi...
perbetulkan niat di awal kawin tu. inshaAllah.. ^+^
kak iffah: huhu :)
****
iman: yup stuju dgn pndapat kamu.. tpi kn saya ada knl stu psgn suami isteri. mslh diorg lbih kurg sama tapi mereka ttp bahagia hingga skng bersama ank angkat diorang. Alhamdulillah.. mungkin kena btulkn niat di awl prkahwinan itu sndiri supaya mslh ni tk brlaku..
tpi mcm kamu ckp lah, berat mata mmndg msti lagi berat bahu yang memikul.. hurmm~ tpi mslh yg Allah turunkan kpd kita, kita psti mmpu menanggungnya.. Sebab Allah takkan beri sesuatu yang tidak boleh ditanggung oleh hambaNya. Mungkin pada permulaannya agk berat utk diterima.. Tapi jika manusia itu redha dan sabar, InsyaAllah Allah akn tunjukkan jalan penyelesaian.. Allah tak kejam dengan hambaNya. stiap ujian yg diturunkanNya psti ada hikmah yang besar..
InsyaAllah, amin! :)
****
kak faaien: sedih kan? T_T
yeah.. setiap psngan yang berkahwin itu psti akn diuji, cuma bntuk ujian itu sja lain2..
****
ckin: hurmm betul3! :)
Post a Comment