Saturday, October 30, 2010

Nasib Kau La!

Assalamualaikum. Tak sabar nak habis exam, lagi 4 papers! Selepas itu sama-samalah kita melaungkan kata-kata keramat iaitu MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Haha. Suka ek korang. Ish2. Tadi exam PAI dengan KHB. PAI boleh jawab tapi KHB memang jiwa ni terbang je entah kemana. Haha! KHB buku tak sempat nak baca. Sob3. Haih tak taulah nak kata apa. Menyesal pun dah tak berguna. Wha3. Saya sudah bersedia dengan apa jua kemungkinan. Relex2 sudah lah. Buat apa nak gelabah tak tentu hala. ngee~

By Murni Aqila
Buku ni best! Kepada peminat novel, try la baca! eheh :D

Wednesday, October 27, 2010

Tekanan Melampau?

Assalamualaikum. Yuuhuu anda semua. kui3. Kepala tengah pening memikirkan masa depan  markah exam nanti. Belum habis exam lagi dah fikir. Mana taknya soalan punyalah gempak! Fuhh penat otak ni memikirkannya. Haha. Setakat ni boleh jawab tapi tak yakin jawapan betul ke tak. Aduhhhhh habislah! =.= Bila keyakinan tiada dalam diri, stress akan memunculkan diri! Hahaha ye ke? Betul apa.. Hehe.

Tapi bak kata Ecah, yang lepas biarlah lepas. Dah buat dah pun. Redha je lah. Wha3 esok periksa BM1, BM2 dengan Sejarah! Hahaha sejarah banyak kot nama yang sama. Kadang-kadang keliru jugak. Adehh bak kata Syeera, diorang ni kekeringan idea ke nak bagi nama? Hahaha. XD

Tolong doakan saya yer untuk periksa esok :) Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan."

Ok itu saja buat masa nih. Nak pergi sambung baca buku. Tata dan Selamat Malam! Jangan lupa Senyum! Hehe.

Comel kan? Haha suka senyuman ini :)

Monday, October 25, 2010

Contest Nama Untuk Anak Wa

Contest Nama Untuk Anak Wa

Syarat-syarat penyertaan seperti berikut:

1. Buat entry 'NAMA UNTUK ANAK WA' dalam blog..

2. Lengkapkan tempat kosong ni dengan nama RAJA_____________________SHAH.

3. Jadi follower yuyu dan letak banner contest.

4. Tarikh tutup : 24hb 11 2010

5. Post link entry sebagai komen dalam entry ini.

6. Tag kawan sekurang kurang 3 orang.
-----------------------------------------------
Ok nama yang saya nak letak ialah:

Raja Taufiq Alhakim Shah

Saya tag: Kak Mika, Kak Yanie dan Ieqa. Sesiapa yang nak join Klik Sini :)

Friday, October 22, 2010

Bertemu Kita Sekali Lagi :p


Assalamualaikum.  Hellop anda semua! hee~ Ada apa-apa yang berbeza dekat blog nih? Owh saya suka akan perbezaan itu. Hahaha. Den baru lepas habis belajar+belek-belek buku teks. Kertas Geografi menanti mangsanya pada hari Isnin. Wha3. Doakan saya boleh jawab yep! :)

So disebabkan ada masa nih, den mau langsaikan hutang! Menjawab tagged dari Kak Mika. Thanks for the tagged yep! :D

Ada syarat untuk tagged ni lah! Mari kita tengok apakah syaratnya. lalala~

Pertama, Cipta tajuk sendiri (untuk tagged ni kot?) Kedua, 25 perkara yang orang lain tak tau tapi kena tau (saya buat yang termampu je lah yer. hehe :D). Ketiga, tag 25 orang yang bertuah dan akhir sekali saya ditagged oleh Kak Mika.

25 Perkara yang perlu anda tahu tentang SAYA

1. Berkaca Mata. Wha3.
2. Peminat Anime no.1! Korean drama also :D
3. Suka benda cute-miut
4. Sedekah yang paling mudah ialah SENYUM :)
5. Minat Bahasa Arab dan sedang belajar dengan lebih mendalam mengenainya.
6. Suka baca novel!
7. Pencinta kucing 
8. Ayat yang paling saya suka ialah "Carilah Cinta Ilahi, Kalian Pasti Bahagia."
9. Lagu Nasyid menjadi pilihan hatiku. Hehe.

Maaf tak dapat senaraikan hingga 25. ^_^

25 Orang Yang Bertuah!

MMM 

Maaf juga kerana tak dapat taggedkan cukup 25 orang. Kepada yang kena tagged, sudilah ambil kalau ada masa. ;)

Monday, October 18, 2010

FINAL EXAM!!


Assalamualaikum. Dah lama menantikan saat ini tiba! Exam akhirnya memunculkan diri! Hip hip hoorey! Gaya cakap macam suka pulak. Adehhh. Tapi saya mau habis exam cepat-cepat sebab saya malas nak menghadap buku. Wha3 jangan tiru macam saya. Belajar itu adalah tanggungjawab seorang pelajar. Kita hanya perlu belajar, belajar dan belajar sampai otak meletup. :D

Saya mengucapkan salam mujahadah di musim imtihan serta bittaufiq wannajah kepada anda-anda yang ingin menempuh exam esok ataupun minggu depan. InsyaAllah sama-samalah kita mengumpul A++++. Amin.. Man jadda wajada!! :) 

Saturday, October 16, 2010

Akhirnya Kamu Pergi..

Assalamualaikum. Akhirnya Manja pergi jua. Huhu. Bak kata abang saya, redha je lah. Sedih tu sedih la jugak tapi nak buat macam mana kan, dah sampai masa dia. Huhu. Setiap benda yang hidup, pasti akan pergi. Terimalah dengan hati yang terbuka. Mesti sunyi kalau Manja takda. Wha3.

Manja away dekat klinik. Arghh tak sempat nak manja-manja dengan dia buat kali terakhir. Huwaa terkilan kot rasa hati. Kui3. Bawa dia balik dekat rumah tapi dah tak bernyawa dah la. ;'(  Badan still lembik lagi. Kebumikan dia dekat depan rumah. Nanti boleh lah melawat kubur dia hari-hari. Hahaha. :')

Sekarang saya dah Ok sikit. Dia dah selamat dah pun. Biarlah dia pergi dengan tenang.*mcm manusia la pulak.* Itu sajalah buat masa nih. Exam dah dekat tapi mood nak belajar tak mari lagi. Haha doakan saya yep! Tata!~

Friday, October 15, 2010

Hakikat Yang Menyakitkan


Assalamualaikum. Manja dah dibawa ke klinik pagi tadi dan Doktor kata buah pinggang Manja dah rosak dan takda harapan lagi dah. Ubat-ubatan dah tak boleh buat apa-apa dah sekarang. Reaksi saya? Apa lagi den boleh buat selain menangis! ;'( Siapa tak sedih. Saya dah bela dia lama dah. Dah anggap dia macam adik sendiri. Bukan sebagai seekor kucing peliharaan. Sekarang dia ada dekat klinik. Dia kena masuk air. Tu je la yang boleh buat. Manja dah tahap kritikal. Arghhh sadis tahap maksima!

AIRMATA TAKNAK BERHENTI T_T

Thursday, October 14, 2010

Sayang Saya Sakit :'(


Assalamualaikum. Huwaaaaa sedih gler. My Manja sakit. Lemah tak bermaya weyh! Sedih kot saya tengok. Huwaaaaaaaaa! Makan taknak, badan pun dah kurus. Manja, tolonglah cepat sembuh. Huhuhu :'(

Bila dukung dia, kepala dia asyik terlentok je. Macam baby baru lahir! Kesian dia. Huhuhu. Jalan pun dah tak betul, terliuk-lentok. Tak sampai hati nak tengok. Macam mana tak lemah, hari ni satu hari Manja tak makan.  Orang suap makan pun dia taknak! whaaaaaaaa! T_T

Esok kot Abah bawa pergi klinik. InsyaAllah. Nak bawa sekarang dah malam, klinik pun dah tutup! Manja, LOVE YOU! Moga cepat sembuh! 

Sayang kamo <3 Semoga Kamu Sihat kembali..InsyaAllah..

Tuesday, October 12, 2010

Puteriku Sayang...



Assalamualaikum. Maksud lagu ni sangat indah. Buat wanita diluar sana, cuba hayati lagu nih :)

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Monday, October 11, 2010

Best Wooo!

Assalamualaikum! Just nak berkongsi lagu disini, eheh! Wha3 sejak bila tuan punya blog suka benda-benda macam nih?! Hahaha. Memang menambat hati lah semua dalam cerita anime yang saya tengah tengok sekarang. Sweet je hero dengan heroin dia. Hehe :D Memang best lah lagu nih. Try la dengar! ngee~



Itu saja! Tata!~

Saturday, October 9, 2010

Uit!

Assalamualaikum semua. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul satu lebih tapi den tak tido2 lagi hah! Tengah tengok citer anime Kaichao Wa Maid Sama! Best kot cerita dia! Sementara nak tunggu habis buffering, bukak la blog jap. eheh :D Baru je tengok sampai ep.5. Nanti habis tengok ep.5 sambung esok pulak. Laptop pun dah panas. Huhuhu.

Hero dan Heroin dalam cter Kaichao Wa Maid Sama.
Usui Takumi
Ayuzawa Misaki
Cerita ni best kot! kalau nak tengok korang search je la dekat YouTube.
Credit to Kak Fardiyah :)

Friday, October 8, 2010

Berhabuk!

Assalamualaikum semua! Ape kabo? eheh lama tak on9 kan. Final Exam DAH DEKAT! Saya takmau on9 dah buat masa nih! Nak blajo meyh (yo2 je. hahaha) Dah la kelas kitaorang cuti PMR pun takda. Kena skolah! hahaha apa boleh buat pengetua suruh sekolah. K lah. Sehingga berjumpa lagi. Tata!~
Doakan semoga segalanya dipermudahkan utk menjawab exam. Lagi tiga minggu je! >.<