Saturday, March 10, 2012

Muhasabah: Hidayah CintaNya


Dhia kini bahagia dengan nikmat ketenangan. Ketenangan yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata. Kini, barulah dia merasakan kenikmatan hidup bertunjangkan cinta Allah yang satu. Hatinya kini tidak lagi resah dan gelisah menanti mesej daripada Syahmi seperti sebelumnya. Hiburan di jiwanya kini bukan lagi dengan mendengar suara dan perkataan romantis Syahmi tetapi dengan kalamullah yang menenangkan jiwa.

"Ya Allah. Rupanya inilah nikmat ketenangan yang diperoleh bila aku menyerahkan cintaku kepadaMu. Ya Allah kekalkanlah aku bersama nikmat ini Ya Allah sesungguhnya aku tidak mampu kehilangan cintaMu dalam hidupku." Monolognya di dalam hati. Pada masa yang sama, telefon bimbit mengeluarkan nada dering SMS.

"Dhia, apa salah saya? Tiba-tiba awak taknak kawan dengan saya lagi. Saya sayang awak sepenuh hati, awak tahu tu kan! Tolonglah jangan buat saya macam ni. Tolonglah!" 
"Maafkan saya Syahmi. Mulai sekarang, saya taknak kita berhubung lagi."  
"Tapi apa salah saya sampai awak buat macam ni? Cakaplah!"  
"Saya tak tahu nak terangkan macam mana. Kalau saya terangkan sekalipun, awak takkan faham juga."  
"Macam mana saya nak faham kalau awak masih tak cakap perkara yang sebenar?!" 
"Saya dah terangkan pada awak banyak kali. Dah banyak kali saya bagitahu, tak baik kita selalu berhubung macam ni. Lepas tu, kerap sangat awak call dan mesej saya. Nak saya terangkan macam mana lagi?"
"Dhia tak suka saya call dan mesej, macam tuh? Cakaplah Dhia!"
"Syahmi, apa yang awak nak daripada saya sebenarnya ni?" 
"Saya memang ikhlas nak jadikan awak isteri saya. Saya akan tunggu awak! Percayalah dengan janji saya, Dhia."
"Maafkan saya lagi sekali Syahmi. Cukuplah kenangan cinta kita dulu. Bergayut, dating, apa faedahnya semua tuh? Fahamlah Syahmi, saya nak cari cinta Allah. Saya taknak lagi hidup dengan khayalan macam dulu. Cukuplah dulu kita melakukan dosa!"
"Dhia ni kenapa hah? Kenapa tiba-tiba jadi macam ni. Saya tak faham la!"
"Sebab ini kebenaran! Kebenaran yang tersembunyi disebabkan kita ni buta sewaktu hangat bercinta. Sekarang, saya dah insaf. Saya ingin berubah dan awak juga perlu begitu Syahmi. Berubahlah sebelum terlambat. Jangan menyesal di kemudian hari."
"Siapa yang rasuk dan hasut fikiran awak ni, Dhia?"
"Awak sedar tak sekarang? Sedar tak yang awak sekarang yang sedang dirasuk nafsu."
"Okay, Okay! Forgive me! Saya hormat keputusan awak tapi takkan kawan pun tak boleh? Takpe Dhia, saya akan terus berdoa supaya saya miliki Dhia nanti."
"Syahmi, tolong jangan doa macam tu. Berdoalah supaya Allah membimbing diri awak dahulu. Mintalah seorang wanita yang terbaik buat awak. Allah lebih mengetahui."
"Saya akan tetap tunggu awak, Dhia. Saya akan tetap mendoakan nama awak."
"Tak malu ke pada Allah? Awak berdoa padaNya tapi dalam masa yang sama awak selalu mesej dan call saya. Sedarlah Syahmi! Allah tak suka kebaikan dan kejahatan bercampur aduk. Keputusan saya muktamad! Jangan ganggu saya lagi!"
"Sampai begitu sekali awak benci dekat saya, Dhia? Apa salah saya Dhia. Selama ini saya tak pernah duakan awak. Tak pernah!"
"Syahmi, disebabkan awaklah saya pernah rasa jauh dengan Allah. Dunia cinta kita dulu sangat sia-sia. It just nothing. Namun saya akui, sebab awak jugalah akhirnya saya dapat menilai hakikat cinta Allah sungguh berbeza dengan cinta dusta manusia."
"Cinta saya tak dusta Dhia!"
"Bercinta dengan awak benar-benar membuatkan jiwa saya tandus walaupun ada air yang mengelilinginya. Cinta awak memang membahagiakan tapi jiwa saya rasa tak tenang, kosong. Saya ingin bebas daripada belenggu cinta yang entah apa-apa ni. Dunia cinta pada usia yang masih remaja memang melalaikan. Saya rasa sangat bodoh ditipu oleh cinta. Cinta manusia sangat mengecewakan. Saya bukan sibuk fikir pasal study, tapi sibuk khayalkan awak, Syahmi. Memang semua ni sia-sia. Malah dosa yang saya kumpul hari-hari. But thanks for everything and please! Don't contact me anymore!"

Telefon bimbitnya terus di 'OFF' selepas menghantar SMS terakhir buat Syahmi.

********

Di sebuah restoran.

"Syasya ni kenapa datang lambat? Dah lama Alif tunggu tau!" Suaranya sengaja dimanjakan. 
"Alah relekslah, Syasya lambat sikit aje pun." Tangannya sudah memegang tangan lelaki dihadapannya. 
Dhia membulatkan mata melihat aksi tersebut. 
"Semalam I nampak you keluar dengan jantan mana entah dekat panggung wayang. Siapa dia tuh?" Tanya Alif. 
"Dia tu kawan I ajelah!" Syasya memberi alasan. 
"Nasib baik mood I baik hari tuh. Kalau tak dah lama si jantan tu terima buku lima I ni!"  Balas Alif geram.
"Dia tu kawan I jelah. Hish, I tak sukalah you cemburu buta macam ni. Kalau macam ni lah gayanya, lebih baik kita putus je!" Ugut Syasya. 
"Okay! Okay! Alif tak cakap lagi macam tuh! Jom sayang, I belanja you makan." Pujuk Si lelaki. 

"Meluatnya tengok gelagat orang bercinta. Mungkin inilah pandangan orang lain terhadap aku dulu. Apa pula pandangan Allah ketika aku sedang berdua-duaan dengan Syahmi? Ya Allah, apa aku dah buat selama ni?" 

Dhia menjeling sekilas gelagat Syasya dan Alif yang sedang rancak berbual. Insaf hatinya. Dahulu, begitulah juga aksinya bersama Syahmi. Nampak langsung tidak bermoral. Allah seakan-akan menunjukkan kembali perilakunya selama ini bertopengkan orang yang berbeza. Oh, malunya!

"Kalau aku jijik dan meluat melihat aksi mereka, apatah lagi Allah, pasti saja Dia lagi jijik dan murka melihat aksi aku bersama Syahmi dahulu. Siapa Syahmi untuk aku dambakan melebihi penciptanya sendiri? Jahilnya aku! Penciptanya lagi hebat daripada Syahmi, walaupun Syahmi itu sangat baik tapi Allah yang menciptakan aku. Dia lebih berhak untuk didambakan. Dia lebih agung untuk dirindui."

"Ya Allah, Sesungguhnya rahmat dan hidayah yang Kau kurniakan kepada aku amat besar Ya Allah. Terima kasih Ya Allah. Terimalah diriku ini yang dulunya selalu melakukan kemungkaran kepadaMu. Aku ingin berubah Ya Allah. Kau bimbing dan kurniakanlah kekuatan sepanjang proses perubahan ini. Sesungguhnya nikmat cintaMu memang sangat berharga. Tidak mampu lagi diri ini kehilangannya Ya Allah. Terimalah aku Ya Allah. Terimalah aku.." Bisik hati sayu Dhia.

Sungguh. Hidayah itu MANIS & INDAH. Hidayah itu milik Allah. Allah akan mengurniakan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya tidak kira di mana dan siapa. Hatta seorang pembunuh yang paling kejam di di dunia ini, jika dia menerima hidayah Allah, pasti dirinya akan bertukar menjadi seorang insan yang paling baik di dunia. Hebatnya anugerah hidayah Allah ini. Semoga Allah juga tidak pernah memberi kita semua hidayah. Amin, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.


Sumber Ilham:
a. Love Talk bersama Ustazah Jawariah
b. Tazkirah Jumaat ringkas bersama Ustazah Noraini - Malu
c. Buku Bibir Merayu Hati Bernafsu - Ahmad Heykal Ieman

Semoga Bermanfaat! (^_^)


:: Pen Off ::

7 comments:

Ckin Kembaq said...

Allahuakbar..mtk dijauhkan dari semua tu.... +_+ bahaya betul kalu virus cinta dah merebak serata alam....

Dibawah LangitNya said...

Sesungguhnya Cinta sejati itu hanya milik Allah.. :')

Cik_Shiqah said...

ckin: betul2.

eyka: setuju ^^

Sis said...

i'm speechless.. subhanallah!
btw shiqah, can i copy and paste this?

Cik_Shiqah said...

aula: alhamdulillah. my pleasure. ^^

Unknown said...

akak , boleh tak nak copy paste ilmu-ilmu dari blog ni ?

Cik_Shiqah said...

silakan. hrp bermanfaat :) sori bls lmbt. busy ckit skang. tak smpt akk nk buka blog.. :)