Little Sweetheart. |
Beberapa minggu yang lepas, aku ada dekat rumah dan Marissa pun ada juga. Masa tu aku tengah hamparkan sejadah nak solat zuhur. Dia yang duduk atas katil dalam bilik aku hanya memerhati saja apa yang aku buat. Tiba-tiba..
Dia: Kak Shiqah nak sembahyang? Nanti kakak pun nak sembahyang jugak.
Aku: Yelah. Kakak nanti pun kena sembahyang juga tau.
Dia: Kalau kita sembahyang, baca Quran nanti hantu (syaitan) semua takda kat rumah. *terang dia bersungguh-sungguh*
Aku: Pandai la kakak ni. *tepuk-tepuk tangan sikit* Betul, kalau kita sembahyang, baca Quran nanti hantu semua takut. Sebab tu dia takda dekat rumah. Siapa yang cerita dekat kakak ni?
Dia: Ummi. *dia senyum manja*
Aku: *senyum sambil geleng-geleng kepala* (Comel sungguh budak sorang ni)
So kesimpulannya, kanak-kanak memang hatinya suci, mudah menerima dan menangkap apa sahaja yang kita ajar. Oleh sebab itu, didikan agama wajiblah diterapkan dalam diri mereka sejak mereka kecil lagi, bermula dari yang ringan dahulu pun takpe. Terapkan dalam diri dan hati mereka betapa indahnya nilai-nilai Islam. Lagi satu, jangan pandang rendah yer terhadap pemikiran kanak-kanak sebab kadang-kadang mereka ni lebih bijak dari kita yang dah besar ni. Hoho~ Untuk pengetahuan korang, Marissa baru berumur 3 tahun lebih. Alhamdulillah. Gerakan solat dia dah tahu sikit-sikit, zikir harian banyak yang dia dah hafal. Harapan aku? Semoga dia menjadi anak dan muslimah solehah apabila dia meningkat dewasa kelak. Amin!
Rasulullah SAW bersabda, "Didiklah anakmu dengan tiga perkara - Cintakan Nabi SAW, kasih kepada ahli keluarganya dan membaca Al-Quran. Nabi juga berpesan, setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah (Islam), maka kedua orang tuanyalah yang meYahudikannya, atau meNasranikannya, atau meMajusikannya.
*******
Marissa memang pantang diusik. Kalau diusik, riuh satu rumah dengar suara dia menjerit. Abang aku yang sulung pula memang kaki mengusik nombor satu. Huh padanlah bila dua-dua ada dekat rumah. Tak boleh tahan bila Marissa cakap sesuatu pada aku. Waktu tu mungkin tahap kebengangan dia dah tinggi. Haha!
Dia: Nanti kakak dah besar, kakak nak jadi polis. Kakak nak tangkap Abang Malik masuk dalam bonet. Kak Shiqah nak jadi macam kakak? *muka sangat serius*
Aku? Ketawa dah sambil pandang abang aku. Sempat lagi dia ajak aku join sesi bengang dia tuh. Adeh!~ Budak-budak, memang suka main redah jer.
*******
Lagi satu, Marissa memang banyak cakap dan aku suka melayan dia bercakap. Perang mulut dengan dia pun sangat-sangat best dan menggembirakan hati. Haha. Ada satu lagi perbualan yang mencuit hati. Memang comel je dia jawab. Alahai.
Aku: Kakak, meh la sini Kak Shiqah ajar kakak baca Alif Ba Ta. *tegur aku bila dia mula buka Iqra' kononnya dia nak bacalah kan*
Dia: Ish Kak Shiqah ni. Kakak nak mengajilah, bukan nak baca Alif Ba Ta. *berkerut-kerut dahi dia*
Dan aku hanya mampu ketawa di hujung sofa. Aduh Kakak, sama je la tuh maksudnya. Huhu.
******
******
Dan satu lagi yang aku tak boleh lupa. Marissa sangat suka dengan lagu Disaat Aku Mencintaimu by Dadali. Sungguh, bila lagu tu diputarkan dalam radio maka terdengarlah suara dia menyanyi. Part chorus jer, sampai terpejam-pejam mata dia. Allah. Dalam hati, 'Kakak, jiwangnya kamu!'
Dia nyanyi part awal dan akhir aje. Tapi feel tu tetap ada dan lebih! Lebih kurang macam inilah:
Aku ............... dirimu...
Datang ................. temui aku...
Kanku ............ padamu....
Aku ............ mencintai dirimu....
Comelkan dia? Aduh tiba-tiba hati ni rindu sama dia. ❤
5 comments:
budak2 memang sweet...betul tu, kadang2, dorunk mmg cerdik dari kita...kelakar sangat...
budak2 mmg kena bentuk dari awal...kalo x, mereka mesti goyah dlm membuat pilihan hidup bila dah bercampur dgn teman sebaya....tu yang selalu membuatkan mereka yang dulunya sweet dah jadi sour & bitter bila meningkat dewasa
Kanak2 fitrahnya suci :) Ibu bapa yang mencorakkannya ;) Kan?
Kak shiqah, how's life? Harap okay je ;DDD
marissa mmg lawak pun,,suka akak ble baca pasal celoteh budak kecik ni,,hehe (^_^)
sama cam anak sedara...hehe sangat comel..tp lelaki.lasak jugak bila dah jumpa gengnya.... ^_^ skang dah ada adik baru, lagi2lah dia menjadi..adiknya pun merengek kalu abgnya tak layan...haha
p/s : miss him and his little girl...hoho
Iman: betul! setuju sgt dgn pndpt kamu.
Akmal: btul :) Akak okay-okay saja. Alhamdulillah. hehe ^^
Sister: :D hang mstilah lg tau cam mana dia punya celoteh kan?? wee~
Ckin: comelnya. marissa pun ada adik jgk. baby lgi. tak ingat bpe bulan. haha. adik dia pun cerdik jgk. nampak remote tv je, terus letak kat telinga. kononnya hp la tuh. haha ^^
p/s: semoga kerinduan itu terubat suatu hari nanti yer. hehe :)
Post a Comment