Tuesday, June 5, 2012

❤ My Sweet H and A ❤

Alfaa sedang meminta perhatian! *merayu lebih tepat

Assalamualaikum. Yeahh hari ni mood ceria sikit. Blog pun ceria juga, cerah aje mata bila memandang. Haha :D Oh ya! Masih ingat akan kisah rabbits yang abah aku amanahkan untuk aku jaga tu? Dulu aku janji nak cerita pasal diorang, sekarang aku akan tunaikan! *semangat-semangat

Malas nak cerita panjang-panjang sebenarnya. Aku cerita secara ringkas aje ok! Pada suatu hari, petang dalam pukul 5:45 PM. (lebih kurang) Aku keluar daripada bilik air, baru lepas ambil wudhuk. Tiba-tiba dengar suara kakak aku menjerit.

" Shiqah! Abah bawa balik rabbit!!" 

Ok biarkan dulu kerana nak teruskan niat yang sebenar. Lepas sudah semua, barulah keluar rumah. Teruja sungguh kot! Aku ni dah lah tak boleh tengok haiwan yang berbulu, memang sangat lah aku suka! Kalau haiwan yang terbang-terbang tu, memang aku lah orang pertama yang naik atas meja dulu. (lipas!) Hehe :D 

Then my abah said to me,

"Hang jagalah arnab-arnab ni. Kawan abah bagi."

See! Abah aku memang tahu apa yang aku suka. Kalau bawa balik haiwan yang berbulu aje, mesti suruh aku jaga. Dulu Manja (kucing), sekarang rabbits! Alhamdulillah, sangat bersyukur dengan amanah yang telah Allah kurniakan kepada aku ini. Kenapa aku cakap amanah? Sebab pelihara haiwan ini sangat berat tugasnya. Kalau kita tak pelihara betul-betul, kita boleh didakwa di padang masyar kelak. 

Haiwan ni hanya orang yang betul-betul suka aje boleh jaga. Yelah, hari-hari kena bersihkan najis dia, tempat tinggal dia, tukar air dia, makanan kena topup setiap masa. Kalau orang yang tak suka, permulaan aje buat sungguh-sungguh tapi bila dah lama-lama buat tak tahu aje. Kan tak bagus tu? :) So kalau nak bela tu, bela betul-betul. Besarkan mereka dengan penuh kasih sayang. Anggap mereka sebagai adik-beradik kita sendiri. Nak tahu? Bila kita jaga mereka dengan penuh kasih sayang, nanti mereka pun akan sayangkan kita. Kita boleh rasa perasaan tu. Percayalah!!! 

Ok sesi penceritaan dah tamat! Masa tengok gambar pula. My sweet H and A. Sebelum tu, kita tengok pemberian nama. Nama yang diberi oleh aku dan kakak aku. Jantan kita gunakan pangkal nama H dan betina kita gunakan pangkal nama A. Heart, Hazel, Hemo, Alfaa, Aipink. Kak Hani kata nama mereka berlima unik. (terima kasih! terima kasih!) Kisah disebalik nama diorang ialah,

Heart: Sebab dia baik hati. 
Hemo: Sebab dia gemuk. 
Hazel: Sebab dia warna coklat.
Alfaa: Sebab dia suka makan daun Alfalfa.
Aipink: Sebab telinga dia warna pink.

Ok sekarang masa untuk gambar yang sebenar! Lihatlah kecomelan mereka! ;)

Waktu diorang mula-mula datang dan masih kecil. Muka pun tak matang lagi. Hehe :D
My Hero yang dah pandai gaduh pasal awek :p
My Heroin yang dah pandai bergaya ^^
Tempat main-main mereka. Bersih dan suci kerana setiap hari dimop lantainya.

Sahabat baginda bertanya kepada baginda Rasulullah SAW, "Adakah kita mendapat pahala berbuat baik kepada binatang-binatang?" Lalu baginda bersabda, "Berbuat baik kepada tiap-tiap hati yang hidup itu (yang bernyawa) diberi pahala." 
(Hadis Riwayat Bukhari)

Wassalam,
Ilaliqa'.

8 comments:

Anonymous said...

Sebab tu orang kata, kalau dah minat. Semua benda boleh jadi. Eh, ada kaitan ke? Hehe
Banyak nya rabbit! Tak garang ke mereka? (_ _')

Cik_Shiqah said...

haha ada2.. :)

haha byk ke? biasa je kot.. ish mana ada grg.. diorg sngat manja.. ^^

Sis said...

wah~ comey!
aku ade haiwan gak kat umah ni.
kuku dan rara. err,, sebenarnye tu kura-kura. 2 ekor.
abg aku punye sebenarnye, tp die pegi australia, so kitorang yg tlg jagakan.
tp aku ta reti camne nk jage. kalo nk tukar air tu, rasenye ta payah kot. sbb dlm akuarium tu da ade filter die sendiri. tp still nmpk air tu cam kotor sikit.
yg aku bole buat, bagi makan je la. hehe~
sory, tercerita pulak.

Cik_Shiqah said...

hahaha biasa lah.. tgok la tuan dia kan.. hehe :p

oh cmtuh.. aku dlu pun ada gak.. tpi umur dia tak pnjg.. tk smpat nk beri ksih syg yg spnuhnya.. hee~ haha bgi mkn je.. bgus la tuh.. brani pgg tk? :)

hahaha takpelah cerita2. aku lgi suka.. dh lama tk dgr kau bercerita T_T.. sdih kot.. cuti smpai bila ni??

Iman Lurv Islam said...

wah, bestnye ada pets....hurm, menjaga binatang ni mmg amanah yg berat...dan, hanya yg betul2 ikhlas je mampu bertahan...

hurm, Iman suka je binatang, tapi just suka tgk je la...tp, InsyaALLAH, simpan niat nak pelihara binatang gak la lepas ni....hurm, maybe hamster atau ikan kowt yg menjadi pilihan utama...

Cik_Shiqah said...

iman: best sgt bela haiwan ni.. stress pun bley hilang.. lg2 kalau bela hamster, sronok tgk diorang main.. hehe ;)

syamimihaziqah said...

Comelnyaaaaa :D

Cik_Shiqah said...

kak ieqa: hehe :D klau cmtuh, belalah stu.. hehe ;)