Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha!


Assalamualaikum. Pada hari yang serba indah ni saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam diluar sana. Perayaan Aidiladha merupakan hari untuk umat Islam mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya iaitu Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah Taala. Korang boleh merujuk dalam surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga 111 untuk mengetahui peristiwa asal-usul aidiladha. 

Nama lain bagi Hari Raya Aidiladha ialah Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Kita selalu dengar dan gunakannya, betul tak? :) Perayaan ini disambut pada tarikh 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Untuk pengetahuan korang, umat Islam disunatkan berpakaian cantik, paling bersih dan memakai wangi-wangian pada hari tersebut. Itulah serba sedikit yang saya tahu mengenai Hari Raya Aidiladha. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, rajin-rajin kan lah diri untuk cari dekat google. Hehe ;D Ok saya nak tutup post sekarang! Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha! (^_^) May all our struggles and sacrifices be rewarded with Allah's blessings, InsyaAllah.

Sebut raya kata hooray, lembu kambing say no way, ayam itik start run away, aidiladha now on da way :) Salam Aidiladha!

2 comments:

Atiqah said...

hik3..i like pantun shiqah tu..kreatiff gilee!:)

Ordinary Girl said...

cewah shiqah .. h0h0!!!!
shiqah shiqah :D