Sunday, March 27, 2011

Cerita Hantu Tahun 2008


Assalamualaikum. Hari nih aku tiada mood nak tulis apa-apa tapi aku akan tulis juga. Cerita seram yang terjadi kepada kami lima orang adik beradik. Lima-lima pernah kena kacau di rumah yang sama iaitu rumah maksu aku. Yang peliknya mak abah aku tak kena pula. Memang rumah maksu aku agak keras. Meh sini aku buka cerita!

Cerita Abang Aku Yang Sulung

Kira-kira pukul 10 lebih, kami baru sampai di rumah maksu aku. Lepas dah kemas barang semua, semua nak tidur. Abang aku yang pertama tidur dalam bilik dengan abang aku yang ketiga. Aku dengan kakak aku tidur dekat luar. Tiba-tiba abang aku yang sulung ni macam lelah. Penat lepas tuh batuk-batuk. Badan dia rasa macam kena tindih dengan sesuatu. Dia pun baca ayat qursi dengan ayat-ayat yang lain. Baru rasa lega sikit tapi dia rasa macam lain macam. Itulah yang abang aku cerita seminggu selepas kami balik rumah sendiri.

Cerita Abang Aku Yang Kedua

Cerita nih memang aku rasa nak tergelak. Abang aku kena kacau waktu semua orang tengah tidur. Dia tidur dekat sofa tapi satu hari nih abang aku tak boleh tidur. Sedang dia dok melayan perasaan dalam kegelapan, tiba-tiba dia terdengar bunyi orang berjalan. Jelas! Bunyi derap kaki. Bulu roma semua dah tegak! Tapi dengan selambanya dia kata, "Kalau kau datang, aku bakar kau!" Yang selebihnya aku dah tak ingat. Sebaik sahaja dia cakap macam tuh, terus dah tak dengar apa-apa dah. Walaupun agak lawak ceritanyer tapi itulah yang terjadi. 

Cerita Abang Aku Yang Ketiga

Cerita nih bagi aku agak seram juga lah. Macam nih cerita dia, pada suatu hari, abang aku ni mimpi ngeri. Mimpi hantu lah lebih kurang. Isi mimpi tu aku taknak cerita sebab panjang sangat. Tapi bila dia terjaga dari mimpi hantu tuh, dia ternampak ada bayang hitam lalu tepi tingkap bilik. Dia apa lagi, terus lompat naik atas katil nak tidur sekali dengan abang aku yang sulung. Dia cerita sebelum dia naik atas katil, dia ternampak macam orang lalu pergi dapur. Dia nak tegur sebab dia ingat tu Maksu aku. Tapi bila dia fikir balik, lebih baik tak payah tegur sebab mana tau benda tuh bukan maksu aku. Errr seram aku dengar. Huhuhu~

Cerita Kakak Aku

Kakak aku punya cerita pun boleh tahan. Ada satu hari nih, kakak aku duduk dalam balik dengan anak maksu aku iaitu Farah. Farah ni baru darjah 2 waktu tuh. Kakak aku duduk atas katil manakala Farah ni pula duduk bawah. Tiba-tiba Si Farah ni tunjuk dekat tepi kakak aku. Farah kata ada orang tengah senyum dekat dia. Kakak aku pandang tapi takda apa-apa pun. Meremang bulu roma dia waktu tuh! Huhu lagi satu cerita, kakak aku tengah duduk dekat sofa tengok tv, tiba-tiba dia rasa ada orang tiup telinga dia tapi bila dia pandang takda siapa pun dekat situ. Waaaa seram juga kan. Huuuu~

Cerita Aku!

Weyhh cerita aku paling teruk! Sebab nilah aku dah tak berani tengok cerita hantu sorang-sorang waktu malam. Sebelum ni takda pun macam tuh. Ceritanyer macam nih. Ada satu malam aku tak boleh tidur. Memang sangat tak boleh tidur. Terang benderang je mata. Aku pusing kanan, aku pusing kiri. Aku pusing kanan balik menghadap kakak aku. Tiba-tiba aku ternampak ada orang lain tengah baring sebelah kakak aku. Orang tuh pandang je aku! Aku mula-mula tak perasan tau tapi aku tenung je benda tuh. Aku pula tak pakai spek memang kurang jelas lah. Dalam aku dok tenung, tiba-tiba aku nampak rambut panjang dengan mata warna merah. Dalam hati memang tak fikir benda lain dah. Terus aku pusing kanan, aku ambil bantal dan aku tekup kepala aku. Lepas tuh aku dah tak ingat apa-apa dah. Yang aku peliknya aku tak menjerit pun, mulut aku memang dah beku waktu tuh. Macam tak boleh nak bercakap apa dah. Nasib baik aku rabun kalau tak mata aku mesti terjojol tengok benda tuh. Wajah sebenar kot. 

Nak tau selepas sahaja kami balik rumah sendiri, semua orang buka cerita. Memang riuh keadaan dalam rumah waktu tuh. Macam-macam aku rasa bila dengar diorang punya cerita. Habis naik bulu roma semua. Memang peristiwa betul. Kami lima-lima kena kecuali mak dengan abah aku aje. Entah-entah diorang kena tapi taknak cerita! Hahaha :D Rumah maksu aku tuh memang keras. Ada seorang ustaz pernah suruh pindah rumah lain tapi maksu aku taknak. Kalau aku dah lama aku pindah! Hahaha :p Ini cerita benar-benar terjadi. Tiada unsur tokok tambah. Terpulang kepada anda semua untuk percaya atau tidak. Wawawa~ Kalau korang baca memang tak seram sangat, tapi kalau korang kena memang berbekas dihati. Keh3 :D

6 comments:

dean said...

muahahhaa...mg la keras..bnyk batu.

cik diba said...

keh3...klakor tol...

Cik_Shiqah said...

@dean
haha tulah. loyar buruk lak dia. hahahahaha ^^

Cik_Shiqah said...

@cik diba
klakar kan. ngeh3 :D

cik diba said...

loyar buruk tol..hahaa

Sis said...

cite ko tuh, ko da penah cite kat aku. paling seram la kot. grr.. alhamdulillah, aku ta penah kene n TANAK kene!!