Friday, March 18, 2011

Jangan Berputus Asa!


Assalamualaikum. Manusia tidak lepas dengan ujian. Kegagalan pasti akan membawa seseorang ke lembah kekecewaan lantas mereka berputus asa dengan kehidupan. Mereka hanya meratap tanpa berbuat apa-apa dan apa pulangan yang akan mereka dapat? Kosong ajelah! Jika kita pernah gagal, tak bermakna kita akan gagal selamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut.

Bagi mengelakkan perasaan kecewa dan putus asa atas kegagalan yang dialami, kita haruslah menanamkan perkara ini dalam minda kita :-

--> Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk menuntut kita menjadi insan yang lebih baik.

--> Sesuatu yang penting dalam urusan kita ialah usaha yang kita lakukan, bukan hasil usaha kerana hanya Allah SWT yang menentukan hasil usaha yang kita lakukan. Walaupun kita tak berjaya, kita tetap mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

--> Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah dalam segenap hal dan bertawakal kepada Allah.

--> Bersabar dan sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut dan bukannya dengan bereaksi dengan emosi dan hawa nafsu.

--> Berfikiran positif, merasai setiap kegagalan ada hikmah disebaliknya.

--> Sekiranya doa yang kita mohon masih belum dimakbulkan, sentiasa bersangka baik kepada Allah dan sentiasa terus berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah kerana Allah lebih tahu apa yang lebih baik untuk hambanya.

Allah sayangkan kita. Oleh sebab itulah, Allah menurunkan ujian kepada kita. Walau apapun bentuk ujian yang Allah turunkan kepada kita, hadapilah dengan sabar dan penuh ketaqwaan. Kita mesti ingat bahawa Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Jadi kawan-kawan semua, jangan berputus asa Kerana Allah sentiasa bersama-sama kita! Kerana Allah hampir dengan kita dan mendengar rintihan hambanya serta gembira dengan hamba yang kembali padaNya! Kerana Allah sayang kepada hamba-hambanya yang kembali kepadaNya!

Itu sahaja yang boleh aku tulis buat masa nih, semoga bermanfaat buat semua. Sehingga berjumpa lagi di entry yang lain, InsyaAllah. Assalamualaikum dan selamat malam semua (^_^)

4 comments:

Amelia said...

Insya-Allah sy xkn putus asa
p/s..sy suke entri kak(kak ke?)
shiqah yg brunsurkan keagamaan

dean said...

Betol..kena kuatkan semangt..

bila kita putus asa..

yang suka adalah syaitan

Akmal Khalidah said...

nice one ;)
Allah sentiasa bersama kita :)

Cik_Shiqah said...

mia: kak? haha erm sounds good ;p

dean: amat betul :)

akmal: yup betul, betul, betul! ehehe :D