Saturday, March 19, 2011

Perbualan Singkat Antara Aku Dan Dia


Assalamualaikum. Pada petang yang tenang, aku pergi ke sebuah taman. Memang cuaca amat nyaman kerana hujan baru membasahi bumi. Sedang aku melangkah, aku ternampak seorang wanita sedang duduk diatas buaian. Mengelamun. Umur dia mungkin sebaya aku. Aku mulalah tegur dia. Niat dihati nak tambah kenalan, eratkan silaturrahim. Hehehe :D

Aku: Assalamualaikum. Tak pernah nampak pun, duduk sini ke?

Dia: Waalaikummussalam. Eh takdalah. Saja datang sini. Tenangkan fikiran.

Aku: Owh dekat sini orang memang suka datang. Nama siapa?

Dia: Panggil je lah saya Nur. Awak?

Aku: Panggil Shiqah je..

Lepas tuh, keadaan senyap. Suara budak-budak je menghiburkan suasana. Entah aku pun tak tahu nak cakap apa, jadi aku hanya tengok budak-budak tengah main je. Ada yang gaduh tapi lepas tuh main balik macam biasa. Biasalah, nama pun budak-budak kan. Tiba-tiba dia bersuara.

Dia: Kenapa yer semua tak pedulikan saya? Ada mak bapak tapi semuanya sibuk. Rasa bosan pula hidup nih. Takda ketenangan.

Aku: Err.. Tak baik cakap macam tuh. Siapa kata tiada siapa pedulikan awak. Jangan lupa satu perkara, Allah masih ada bersama kita. Allah masih ada untuk mendengar setiap rintihan hambaNya. Siapa kata mak bapak awak tak pedulikan awak? Mereka sibuk bekerja sebab mereka sayang pada awak. Mereka nak cari duit untuk bagi awak makan, tempat tinggal yang selesa dan macam-macam lagi. Awak sepatutnya bersyukur kerana awak masih ada ibu bapa. Ibu bapa yang bekerja keras untuk memberi kesenangan kepada anaknya. Oh ya hidup awak takda ketenangan? Pernahkah awak terfikir dan muhasabah diri mengapa hidup awak tak tenang. Mungkin selama nih awak lupa akan Dia? Ketenangan itu kita boleh peroleh jika kita kembali kepadaNya. Dengar sebenar-benarnya..

Dia: Mungkin betul. Entahlah. Kadang-kadang perasaan saya nih terlebih emosi. Terima kasih atas kata-kata tuh. Memang begitulah hidup saya. Kesenangan membutakan mata hati saya sampai saya lupa yang kesenangan yang saya dapat nih Allah juga yang kurniakan. Saya Islam hanya pada kad pengenalan sahaja. 

Aku: Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah padaNya. Selagi pintu taubat masih terbuka. Masih tak terlambat lagi Nur. Jadilah seorang hamba Allah yang berguna di dunia nih. Walau apapun ingatlah tempat kita bukan di dunia semata-mata tapi di akhirat nanti itulah tempat kita yang kekal abadi. Bagi hamba yang berjaya menjalani ujian di dunia ini dengan lulus cemerlang, syurga tempatnya dan begitulah sebaliknya. Jadi biarlah kedua-duanya seimbang. Dunia kita berjaya, akhirat pun kita berjaya. Awak faham maksud saya kan? Saya harap awak mendapat ketenangan yang awak impikan. Dah nak malam ni, saya balik dulu lah. Assalamualaikum :)

Dia: Terima kasih luangkan masa dengan saya. Seronok cakap dengan awak. Nanti kalau ada masa, boleh lah kita jumpa lagi yer. Saya akan cuba. Thanks!

Aku: InsyaAllah Nur. Awak pasti boleh. Kalau niat kita nak berubah tu betul, Allah pasti tolong.

Aku tak sangka aku akan berjumpa dengan dia dan aku rasa macam sebak pula bila aku tuturkan setiap perkataan tuh. Emosi terlebih pula aku nih. Hahaha. Ada hikmah disebalik semuanya kot? Walaupun perbualan kami singkat aje tapi aku harap kata-kata aku dapat sedarkan dia sedikit sebanyak. Aku pun bukan pandai sangat. Aku hanya menolong apa yang aku mampu. Aku juga seronok dapat bantu dia. Melalui apa yang dia ceritakan, aku sedar yang aku perlu bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada aku selama nih. Alhamdulillah. Syukran Ya Allah.