Saturday, February 26, 2011

Aku Ingin Jatuh Hati



Aku bukanlah seseorang yang mudah jatuh hati dan aku tidak pernah jatuh hati. Dengan izin Allah, akan aku pelihara sekeping hati ini agar tidak senang-senang jatuh hati kepada insan yang bergelar lelaki. Lelaki yang belum pasti menjadi teman hidupku. Bagiku, biarlah aku jatuh hati pandang pertama dengan insan yang sudah bergelar suamiku kelak. InsyaAllah.

Aku ingin mencari cinta sejati yang boleh membawa aku ke jalan Ilahi. Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam. Aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah. Aku ingin menjadi seorang pendengar kepada seorang da'ie. Aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid. Aku ingin memberikan cintaku kepada seorang insan yang mencintai Allah lebih dari segalanya. InsyaAllah.

Aku bukanlah wanita solehah tetapi akan aku berusaha ke arah itu. Sebelum mendapatkan yang soleh, bukankah kita harus berusaha untuk menjadi solehah terlebih dahulu? Jangan hanya berangan-angan untuk mendapatkan yang soleh tetapi diri kita masih tetap di jalan yang sama tetapi berusahalah untuk pergi kearah kebaikan. Memang terlalu banyak rintangan untuk pergi ke arah itu tapi jika niat kita betul, Allah pasti tolong! 


Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah.
Jika aku jatuh cinta.
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu.
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.

Ya Muhaimin.
Jika aku jatuh hati.
Izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu.
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana.
Jika aku jatuh hati.
Jagalah hatiku padanya.
Agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati.
Jika aku rindu.
Rindukanlah aku pada seseorang.
Yang merindui syahid dijalanMu.

Ya Allah.
Jika aku menikmati cinta kekasihMu.
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya.
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah.
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu.
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh.
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah.
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu.
Jangan biarkan aku melampaui batas.
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Amin Ya Rabbal Alamin..

4 comments:

ieqa said...

ohh i loikeeee this entry.
semoga jodoh Shiqah kelak, adalah seorang yang bole membimbing Shiqah ke jalan syurga Allah :)
Aminnnnnn ^^

ARJUNA.Inc said...

waa..entry lma sy...aminnn~~..sma2 la kta bdoa eh..hehe

Cik_Shiqah said...

kak ieqa: hehe :D amin..

arjuna: amin.. (:

AzwanRamli said...

Mahu soleh,makanya jadilah solehah...Begitu jg sebaliknya..