Saturday, February 19, 2011

Buku Terbang



Assalamualaikum orang kampung! Salah seorang warga kampung sudah kembali. Hehe ;D Sempena dengan hari special yang akan menjelang nanti maka aku pun menukar pakaian blog ni. Hehe tapi masih pinky winky. Ok berbalik kepada cerita betul. Sesuatu yang aku tak boleh lupakan. Haishh memalukan! :")

Perkara ni berlaku minggu lepas. Hari apa aku dah tak ingat. Rabu kot? Subjek mula-mula ialah Geografi. Setelah beratur dekat perhimpunan yang panas tahap giga tuh, aku mulalah mendaki tangga sampai tingkat atas. Masuk kelas macam biasa dan cikgu telah bersedia menanti kitaorang dekat situ. Muka semacam jep. "Adalah yang tak kena tuh!" Aku tercakap! tapi dalam hati je lah. Ngeh3 ;p 

Lepas semua orang masuk kelas, cikgu pun memulakan sesi kemarahan. Cikgu cakap ada beberapa orang yang nota tak lengkap, kelas atas pun perangai macam kelas bawah dan bla bla bla. Sebelum buku nota sampai, cikgu suruh mengaku siap-siap siapa yang rasa nota dia tak lengkap. Adalah beberapa orang bangun. Aku duduk je macam biasa tapi pandangan cikgu dekat aku tahap maut kot. Aku dah tak senang duduk. Setahu aku nota aku semua dah siap. Aku tak pernah hantar buku tak siap. Whaaaaaa! 

Buku nota pun sampai. Cikgu dah asing-asingkan buku mana yang tak lengkap dan lengkap. Lepas tuh cikgu panggil nama budak-budak yang dah siap tapi yang aku terkejut nama aku cikgu tak panggil-panggil sampai dah takda buku dekat tangan cikgu! "Nama yang saya tak panggil, bangun sekarang!" Aku terus bangun. Dalam hati asyik tertanya-tanya apa yang aku tak siap. Lepas beberapa minit, nama aku pun dipanggil. Aku dengan malunya pergi dekat cikgu.

Cikgu: Tahu apa yang kamu tak siap?

Aku: Errr.... (Geleng-geleng kepala)

Cikgu: (Buka buku nota aku) Mana lagi satu soalan?

Aku: ........... (Diam je lah)

Cikgu: Sekarang pergi duduk dekat depan. Siapkan.
Temankan . . . . . . 

Giler! (Aku lah tuh) Aku betul-betul terlepas pandang dan apa yang aku tak puas hati hanya satu soalan! Hanya kerana satu  soalan aku terpaksa menebalkan muka duduk dekat depan dan siapkan benda alah tuh. Tapi serius memang aku terlepas pandang. Cuainya aku! Tapi satu soalan je aku tak buat, takkan tak boleh nak bertolak ansur sikit? (Tapi memang salah aku pun. Siapa suruh cuai sangat!) Hari tuh memang sepanjang masa aku takda mood! Haishh apalah malang sangat nasib aku. 

SATU SOALAN JE PUN!! GGGRRRRR!~

TAK PUAS HATI DENGAN DIRI SENDIRI.
LALALA~


4 comments:

Akmal Khalidah said...

hahaha .
biasela tuh .
kadang2 sy pun terlepas pandang :P
kak shiqah x duduk asrama ek?

atien said...

atien follow blog awk !

Cik_Shiqah said...

akmal: hahaa. tak pnh la plk ;)

atien: time ksih! :)

Akmal Khalidah said...

ermmmm....form bape?duduk asrama memboring kan!