Sunday, February 27, 2011

Nafsu Oh Nafsu




Aku nak jadi yang terbaik,
Dalam kalangan yang terbaik.
Tapi bila aku renungkan balik.
Banyaknya kelemahan diri! Sangat.
Mampukah aku yer?

Assalamualaikum. Aku kerap kalah dengan nafsu sendiri. Apalah aku ni kan, dengan nafsu dah kalah inikan pula dengan syaitan laknatullah macam mana pula? Tahun nih dah 2011, mestilah aku nak teruskan hidup dengan azam yang aku dah buat. Nak banyakkan berbuat pahala disamping berbuat baik sentiasa. Bak kata Aula semasa hari jadi aku, banyakkan pahala kurangkan dosa :)

Oleh kerana aku terlalu rajin nak kemas rak yang penuh dengan buku-buku yang tak tersusun, aku telah terjumpa sesuatu yang menarik. Kakak aku punya kot, hasil tulisan sewaktu dia bersekolah rendah mungkin. Agak menarik untuk aku kongsikan disini. Mengenai nafsu. Hehe ;D

Jom Baca Kisah Ini.

Allah bertanya kepada nafsu, "Siapa aku?" Kemudian nafsu menjawab, "Kau adalah kau dan aku adalah aku."  Maka, Allah pun mencampak nafsu ke dalam laut dan mengeluarkannya kembali. Allah bertanya lagi kepada nafsu soalan yang sama dan nafsu masih dengan jawapannya. Lalu Allah mencampakkan nafsu ke dalam api pula dan mengeluarkan nafsu kembali. Soalan yang sama disoal yang dan jawapan yang sama turut diberikan. Oleh itu, Allah memasukkan nafsu ke dalam Neraka Wail (lapar) Kemudian dikeluarkan. Bertanya Allah lagi, "Siapa Aku?" Barulah nafsu itu mengaku dan menjawab "Kamu adalah Allah, Tuhanku."

Melalui kisah nih, aku boleh nampak yang nafsu nih boleh kalah dengan lapar je. So, nak lawan nafsu, kita tak payah makan! Hahaha tak percaya buatlah sendiri. Ada berani? Weee~

Kata-kata untuk nafsu sendiri:

"Wahai nafsu yang sedang berada dalam badan aku ni. Mungkin selalu bermaharajalela dalam hati ini. Tolonglah jangan menganggu aku lagi. Biarlah aku beribadat kepada Tuhanku dengan tenang. Jangan kau suruh plus goda aku supaya turutkan apa yang kau nak. Kerana aku tercipta untuk Tuhanku, bukan dirimu. Pi main jauh-jauh!"

6 comments:

kau kesah ke?? said...

semoga Allah membantu kita.

Husna said...

semoga kita terus kuat melawan nafsu kita sendiri.

sesungguhnya perang yang paling hebat adalah melawan nafsu sendiri :)

NICK IRFAN said...

alamak! jgn makan yg x boleh ni sy cpat lapar.. hehe

Cik_Shiqah said...

kau kesah ke: insyaAllah.

kak husna: yeah! insyaAllah :)

nick irfan: hahaha :D

AzwanRamli said...

Musuh utama adalah nafsu...mana mungkin kita nak m'lawan diri sendiri..

Cik_Shiqah said...

AzwanRamli: InsyaAllah kita boleh. Nafsu boleh dikalahkan dengan benteng Iman di dalam hati. Dan hati itu berada dlm diri kita sndiri. InsyaAllah kita boleh dengan pertolongan Allah jge..