Saturday, February 5, 2011

Cara Merawat Hati



Assalamualaikum. Sakit hati dengan seseorang? Tak puas hati? Marah semarah-marahnya atau macam-macam lagi? Meh kita tengok cara-cara merawat penyakit itu mengikut cara aku. Cara aku sememangnya merepek! Jom-jom. Haha ;D

1. Makan dan makan dan makan.

=> Bila aku sedih+sakit hati, aku akan makan sampai aku puas! Dengan makan, aku dapat rasa aku sedang ngap budak yang buat aku sakit hati tu! Ganas tak? Haha ;p Caranya begini, bayangkan makanan yang korang tengah makan tuh muka diorang, lepas tu korang makan lah dengan gaya sakit hati. Nak siat-siat ke, nak cucuk-cucuk guna garfu ke! Suka hati la. Wee~ (Jangan makan terlebih sukatan sudah)

2. Lari dekat padang bola 50+++ kali.

=> Hah yang ini memang abang aku selalu buat kot sebab dia yang bagitahu cara nih. Bila sedang marah, korang pergi dekat padang bola yang berdekatan waktu pagi. Sure takda siapa dekat situ sebab semua orang masih sibuk membela taik mata. Hahaha ;D Caranya begini, korang lari mengelilingi seluruh padang seberapa pusingan yang korang nak sambil mulut tak berhenti menyumpah seranah orang yang telah membuat hati korang marah sangat-sangat tu. Bila dah penat, berhenti sebab aku risau ada yang pengsan nanti. Bila dah buat semua tuh, korang takkan rasa nak marah sebab dah keletihan yang amat, mulut pun dah puas menyumpah seranah. HAHA ;p

3. Menjerit sekuat hati!

=> Bila tak puas hati dengan seseorang, korang kena lepaskan perasaan tak puas hati tu dengan menjerit! Hah yang nih aku pernah buat tapi dalam mimpi je lah. Hehehe. Caranya begini, pergi ke sebuah kawasan lapang yang sangat luas atau pantai atau kawasan tanah tinggi. Cari tempat yang sesuai untuk korang menjerit. Ingat! Jangan cari tempat yang ramai orang sebab nanti tak pasal-pasal kena cop sebagai orang tak siuman. Agak-agak dah dapat tempat yang takda orang, menjeritlah dengan sepuas hati! Lepaskan segala perasaan tak puas hati korang tuh. Nak terpekik-pekik macam orang giler pun takpa sebab semua orang tak dengar. Amacam puas tak hati nanti? 

4. Buang orang yang buat korang kecewa/marah dalam lubang jamban!

=> Korang rasa kecewa/marah dengan seseorang dan rasa nak memberi sepakan maut yang membunuh kepada orang tu tapi tak kesampaian? Meh sini aku ajar cara lain yang lebih suci lagi murni. Hahaha. Caranya begini, korang ambil gambar si polan, pastikan gambar muka si polan yang buat korang kecewa tu tau! Tatap gambar tu dengan penuh kebencian dan cakap apa yang korang nak cakap. Mesti ayat tu kurang menyenangkan, ye tak? Haha. Lepas dah puas, koyakkan gambar tu menjadi lumat sebagaimana lumatnya hati korang dan buangkan gambar itu dalam lubang jamban rumah dan acara kemuncak ialah pump! Biarlah gambar orang yang korang tak suka tu bersemadi di dalam loji kumbahan! HAHAHA ;))


Kadang-kadang rasa dihati perlu dilepaskan sebab kalau disimpan lagi jadi parah. Kang tak pasal-pasal, boleh jadi dendam pula. Kan tak elok tu so lebih baik biarkan rasa itu berlalu. Itu saja cara-cara yang boleh aku fikirkan. Nanti tulis banyak-banyak jadi benda lain pula. Ok itu saja untuk hari nih. Aku nak tidur dah nih, Assalamualaikum dan salam ceria! ^_^

10 comments:

-Sis- said...

huish!! takleh lg ganas ke?? aku rse care yg terakhir oke lg kot! tp camne nk dpt gmbr org yg kite benci tu. kate pon benci takkan ade simpan gmbr die kot..

~kucing comey~~

Cik_Shiqah said...

huishh mmg nak gns2 tpi aku pun taktau cara mcm mana yg gns2 tuh.
hahaha ;p

hallah. facebook kan ada, rembat la slh satu gambar org yg dibenci tuh. bhahaha ;D

~Aku tauuu~

mia.lia said...

hahaha....yg mkn tu mcm perli je..hehe..
sng tido je

aretein said...

hahhahaa...
aten suke yang tang2 makan..makan & makan..
stiap kali tension jep mesti makan...
& pipi pon makin lame makin naek..
ouhh tidakk~~!
(T_T)

no.4 tuh pon cam best jep..
mesti ase puas atie bile wat cm tuh ann..hikhik
padan muke owang tuh..
masok lah beliau kat lam loji kumbahan..muahaha

gud tips..& tumbs up 4 this entry..
^_^

Akmal Khalidah said...

selalu klu benci giler kat orang tu,saya makan makan makan ...yg lain x pernah buat LAGI...insyaAllah , saya buat :)
nice info,sis thanks :D

sissyira said...

salam

selalu buat yang nombor 1 dan 3


Jom Joint 1st contest syira --Contest 1 : Bila saya mati by sissyira

Cik_Shiqah said...

sissyira: insyaAllah nnt saya join klau ada masa yer :)

NICK IRFAN said...

menarik jgk thnkz!

AROL DSHW said...

Hahaha. Kalau Arol bila sakit hati dengan seseorang, Arol pergi ambil wuduk, sembahyang dan berdoa. Tapi sebelum tue, Arol dah puas maki hamun sumpah seranah orang tue. Berdoa supaya Allah ampunkan dosa sebab dah mencarut. Hehe. :D

AzwanRamli said...

hahaha...menari ala k-pop...