Saturday, February 19, 2011

Aku Takda Perasaan?



Assalamualaikum. Aku takda perasaan! Nak tengok bukti, mari aku listkan. Ini kawan-kawan aku cakap bukan aku. Hahaha tapi entahlah. Aku memang tak rasa apa-apa kot. Hurmmm tapi aku masih wanita normal. Hahaha ;p

1. Kawan aku cakap budak tu hensem tapi aku tengok macam biasa je. Tapi memang aku tak nampak hensem walaupun kawan aku kata dia benar-benar hensem. Huhuhu.

2. Kawan aku selalu cakap mamat-mamat korea yang diorang minat hensem tahap giga tapi aku masih kata tidak. Aku pun tak tahu kenapa, aku cakap jujur je. Hensem, hensem. Tak hensem, janji hati baik sudah cemerlang ;D

3. Aku takda rasa apa-apa bila tengok lelaki yang dikatakan hensem oleh kawan aku. Ada sesetengah budak sekolah aku, kalau lelaki yang dikatakan hensem lalu depan mereka, mereka akan terkinja-kinja macam tak pernah tengok insan yang bergelar lelaki. Aku terkadang agak jengkel juga lah. Hurmmm.

Oleh sebab itulah, aku dikenali sebagai orang yang tidak ada perasaan dalam kalangan kawan-kawan aku tapi walaupun aku macam nih, aku masih normal. Aku sentiasa ingat kata-kata Syeera, "suatu hari nanti mesti kau akan jumpa dengan seseorang. Seseorang yang akan buat hati kau rasa semacam.." Aku hanya tersenyum bila Syeera menuturkan ayat tersebut tapi dalam hati aku tertanya-tanya juga siapalah nanti yang akan buat hati aku rasa semacam tuh? Hahahaha~

Dihati ini hanya Tuhan yang tahu.
Hurmm.. Hurmm..

4 comments:

Akmal Khalidah said...

ehem2 (:

Akmal Khalidah said...

harini burfday akak?
happy birthday ;)
moga sihat selalu
may Allah bless you :D

Cik_Shiqah said...

ehem2. hahah ;D

terima kasih! Amin. hehe :))

Amie Tempoyak. said...

eceh. tetibe lak nyanyi lgu unic kt bwh tu, haha !