Thursday, February 3, 2011

Alasan Tak Boleh Pakai!


Assalamualaikum. Seperti mana yang kita tahu sekarang budak-budak sekolah pandai mencipta alasan. Kadang-kadang nak marah pun tak jadi sebab alasan diorang tuh lawak. Kalau masuk raja lawak minggu pertama dah tersingkir awal-awal. Haha ;D Jom kita tengok apa alasan diorang nih.

Ponteng Kelas.

Alasan: Kelas panas, takda air-cond. Kelas bocor. Kelas Sempit. Kerja sekolah tak siap, saya malas nak buat. Cikgu kuat berleter. Saya dah pandai.

Warna Rambut.

Alasan: Cat tertumpah. Semula jadi. Rambut beruban. Pakai inai merah. Saja nak bergaya. Saja-saja 'testing' guna water colour. Semalam cuci rambut guna air berkarat.

Kuku Panjang.

Alasan: Senjata pertahanan diri. Pengetip kuku orang pinjam tak pulang-pulang balik. Senang nak menggaru. Senang nak cari kutu.

Tak Pakai Lencana.

Alasan: Hilang secara misteri dalam mesin basuh. "Aik, tadi saya pakai cikgu! Mesti dah tertanggal nih!" Baju baru. "Pengawas, lencana cantik sangat, nanti orang curi."

Rambut Panjang.

Alasan: Gunting tumpul. Kedai gunting tutup. Sekarang memang trend. Tak cukup duit nak gunting. "Well, baru nampak macho."

Merokok.

Alasan: Menguji tahap kesihatan paru-paru. Buat pertunjukan asap. Semangat nak belajar subjek kimia. "Matured, baru ada style sebagai seorang lelaki sejati!"

Bergaduh.

Alasan: Tangan ringan. Nak masuk surat khabar. Diserang sawah hidup. Tangan lapar nak pukul orang. "Tiba-tiba je teringin nak gaduh." "Dah dia ngorat awek saya!"

Lewat Ke Sekolah.

Alasan: Bas sekolah tak datang. Bas rosak. Tayar motor pancit. Mak lupa kejut. Jam habis beteri. Tak tahu sekolah mula pukul berapa. 
(Credit To Majalah Sekolah)

See! Alasan diorang nih semua tak boleh pakai! Kalau bagi alasan macam nih dekat cikgu disiplin, mau kena hempuk dengan buku rekod disiplin yang tebal tuh. Terus biul kepala otak buat sementara waktu. Wuwuwu~ ;D Orang yang banyak mencipta alasan tak akan berjaya dalam hidupnya. Betul tak? Ngeh3.

9 comments:

nelly said...

haha .
klakarlah !!

ayulunera said...

hahaha...kreatip alasan...ehehh...bagus...

nurul ain said...

wahaha.
lawaklah alasan2 nye.
nice entry btw.

mia.lia said...

lencana misteri ek?haha

Mohd Ridhuan said...

hahahhaha...
bnyknye alasan...

ANATI SOKI said...

alasan paling kreatif rmbut berwarna :

atap zink rumah saya karat cikgu... air dia terkena rambut saya. 2sbb tuh rambut sy kaler cam zink karat.. wakakakakakka

anat fllow mellow kamu sudah :)

Cik_Shiqah said...

kak Nelly: haha tulah. kuang2. ^_~

ayulunera: diorang mmg slalu terlebih kreatif. haha ;D

nurul ain: hahaha ;)

mia: hilang secara misteri. lencana tu ada kaki kot? haha ;p

mohd ridhuan: mmg. ngeh2 :D

Kak anat: HAHA! terbaik! ngee~ ((=

Akmal Khalidah said...

hahahaha...

AzwanRamli said...

garu kepala...