Sunday, February 20, 2011

Masa Remaja Perlukah Bercinta?



Semasa bercinta ada yang tak jujur. Masa bercinta semua nak yang terbaik dan sering menjadi terbaik. Kadangkala bila depan orang yang kita cinta, kita akan sedaya upaya menjaga tingkah laku. Bukankah itu satu pembohongan dan juga hipokrit? Bila melihat gelagat orang bercinta, aku rasakan macam menonton cerita lawak. Nak-nak bila orang muda yang mentah bercinta, contohnya kisah percintaan budak sekolah.

Baru sekolah dah pandai bercinta. Dekat tv toksah cerita, pelbagai kisah cinta mengenai budak sekolah disiarkan. Haihh aku sudah jemu! Mereka seolah-olah menggalakkan para remaja diluar sana bercinta. Budak sekolah semasa bercinta, ayat yang diucapkan manis-manis belaka sebaliknya bila dah clash, maki hamun yang menjadi hidangan. Oh apakah semua itu? Mungkin itu yang dikatakan cinta budak sekolah, mereka masih tidak matang untuk melalui semua itu. Mungkin.

Kadang-kadang melihat tingkah laku budak sekolah bercinta membuat aku malu sendiri. Mana taknya, hubungan macam suami isteri. Tangkap gambar bercium pipi, ada yang memanggil pasangan mereka 'papa dan mama'. Sejak bila mereka menjadi ibu-bapa yer? Aku tergelak sendiri bila memikirkan soal nih. Haihh apa sudah jadi remaja zaman sekarang? Perangai dah tunggang terbalik macam kapal pecah.

Bagi aku masa remaja biarlah diisi dengan ilmu. Carilah ilmu sebanyak yang boleh. Bila dah besar dan punya pendapatan yang tetap, nak bercinta pun tak jadi masalah. Terus ambil buat jadi isteri/suami je. Hahaha ;p Kalau ada tersuka dengan seseorang masa zaman sekolah, pendamkan sahaja perasaan itu. Kalau ada jodoh pasti bersatu jua. Cinta yang mahal itu tak perlu dilafazkan. Heeeee~

4 comments:

Farah Hanim Mohd Alwi said...

tadi MPP skolah farah baru je ckp pasal couple aka bercinta nih. obv tak perlu =='

NA. said...

hmph tu lah. amie bila masuk ke alam ipt baru rasa yg brcinte2 ni tak perlu pun. im fine on my own. lol. so, rase nk je suruh adik2 amie, toksah lah dok cinte2 ni, buang karan je. nice post ! :D

Salsabila said...

sayang, pasang like button!

suka suka <3 heeee

Anonymous said...

Entry yg power, syabas...semoga ramai student baca ni. Aku skrg bengong dgn adik aku yg br lepas spm, waktu form2 dlu da warning jgn dok bercinta, nnt result hangkang...xdengar kata, masa spm kemaruk bercinta, hampeh result spm.....budak skrg ni xsedar susah payah mereka di hantar ke sekolah, lain yg meka balas dgn kita....bapa kecewa.