Sunday, February 20, 2011

Buat Teman



Wahai hati yang kelukaan.

Jangan kau menangis hiba.
Jangan kau meratap tak sudah.
Jangan biarkan dirimu diselubungi kesedihan.
Jangan bazirkan airmata berhargamu itu.

Wahai hati yang kelukaan.

Ada apa dengan cinta manusia?
Ada apa dengan perasaan cintamu itu?
Adakah ia terlalu berharga bagimu umpama selombok emas?
Adakah kau berasa rugi kerana cinta manusia 
bukan milikmu akhirnya?

Wahai hati yang kelukaan.

Jangan terlalu asyik dengan cinta manusia.
Cinta manusia itu umpama empat musim di dunia.
Dia akan tiba dan dia akan pergi juga apabila tiba waktunya.

Wahai hati yang kelukaan.

Mengapa tidak kau cari saja cinta hakiki dan abadi.
Cinta yang akan membuat kau bahagia selamanya.
Walau seremuk mana hatimu dilukai wahai teman.
Bentuklah hati itu semula dan serahkannya kepada Ilahi.

Itu lebih indah. Percayalah! :)

3 comments:

nelly said...

wah ..kata-kata yang bagus untuk seorang teman
=)

Nur Atiqha Zaidi said...

sedih nyee...
da la tga ad masalh dgn KAWAN.
:'(

ieqa said...

:')