Sunday, January 30, 2011

Apa Motif Angkat Orang?


Assalamualaikum. Fenomena abang angkat/kakak angkat/adik angkat, aku ingat dah berkurangan tapi sebenarnya ada lagi. Haishh tak suka! Tak suka! Apakah motif diorang nih nak berangkat-angkat bagai? (Ini angkat berlainan jantina tau. Antara lelaki dan perempuan) Antara jawapan popular yang aku biasa dengar ialah:

a) Saya takda abang/adik/kakak. Takda abang, abang angkat pun jadilah!

b) Saya suka angkat-angkat orang nih. (Haha ;p)

Kesian jugalah dekat diorang tapi apa yang aku tak faham nih, kadang-kadang diorang nih terlebih manja sangat dengan si abang angkat, kalah adik kandung kepada abang angkat tu sendiri! Wuuuu sabar je lah weyh! Aku rasa menyampah pun ada melihat kemanjaan mereka tu. Nanti kalau aku kata gedik marah pula. Woit tak baik kau shiqah! Maaf aku teremo pula. Huhuhu. Aku bukan tak suka mereka macam tu tapi ada batasnya lah. Janganlah buat macam abang angkat nih macam abang kandung pula. Walaupun dipanggil dengan gelaran 'abang', tapi korang perlu sedar yang mereka bukan mahram korang. Tak boleh lah suka suki aje beramah mesra tanpa ada batasan.

Zaman moden nih, budaya angkat-mengangkat nih makin meningkat kot. Dah jadi trend buat para remaja! Mengikut apa yang aku lihat, pada mulanya hubungan mereka macam biasa, tapi bila dah lama-lama hubungan tu mula jadi lain, dah pandai berpegangan tangan, benarkah? Sama juga dengan satu cerita nih, aku tengok gambar diorang nih macam ada yang tak kena tapi bila ditanya hanya adik dan abang sahaja. (Aku tak tahu pun dia ada abang! Setahu aku dia takda abang. Mana datang pula nih?) Adik dan abang apanya kalau dah pipi bertemu pipi. Mesranya! Apa cerita bai? Huhuhu. Detik itu aku terfikir, sebenarnya budaya angkat-mengangkat nih hanya akan menjerumuskan kita ke arah kemaksiatan! Tak begitu kawan?


Sedarlah bahawa budaya angkat-mengangkat ini sebenarnya adalah tipu daya dan perangkap syaitan. Hakikat dan matlamatnya adalah sama. Itulah cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, abang angkat, kakak angkat adalah sama sahaja, suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Orang yang terlibat dengan budaya 'angkat' ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan lembah perzinaan. ( Dipetik dari buku yang kakak aku dapat semasa dia pergi usrah)

Ingin aku ingatkan disini, apa yang kita buat, mesti ada kebaikan dan keburukan masing-masing. Sejak aku kaji benda nih, aku dah nampak banyak keburukan yang berlaku di depan dan disekeliling aku mengenai hal ini. Memang ada baiknya tapi banyak buruk daripada baik. Aku memang tak menggalakkan budaya angkat-angkat orang nih. Tak payah lah! Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Mesti korang cakap, dia (aku) tulis macam nih boleh lah sebab dia (aku) dah ada semua tuh (abang, kakak, adik). Buat yang anak tunggal, anak bongsu, anak sulung jangan lah marah. Ini hanya pendapat aku sahaja dan aku tau pendapat aku nih banyak negatif daripada positif. Hehe. BANYAK BURUK DARIPADA BAIKNYA. Itu je yang aku nak cakap. Sekian.


P/S: Sejuk!! Terketar-ketar menahan kesejukan nih. Rasa macam nak nyalakan unggun api tapi mana aku nak cari unggun api malam-malam nih. Haha ;D
(Sejuk!!)

6 comments:

kindergartenlibrary said...

hehehe . .
nely banyak abg angkat , akk angkat , adik angkat .
hehehe

Puan Besar Shag Yahaya said...

Shag pom tak suka angkat angkat neh. Tapi pernah ada kakak angkat atas paksaan si kakak tu lah. Tapi, dia tikam Shag. Lepas tu terus insaf tak nak dah angkat2. Sobs ;'(

sufian said...

wa ada adik angkat p wa tak pernah pun bezakan adik adik wa ngan adik angkat... wa pon tahu batasan haha.. jangan marah d...

Cik_Shiqah said...

kak nelly: Hahaha ;D

kak shag: sabar je lah yer. huhu :( nsib kita lbih kurang srupa. haha~

sufian: bgus la cmtuh. hehe tak marah pun deerr. ;p

syamimihaziqah said...

I have a pet brother :)
Tapi sorg je laa, he is a kind person.
He always give me advices and reminds me of solat.
Proud to have him as a brother :))

Nursyahda Faiqah said...

betul2..

x paham ape yg best berangkat2 ni..

haha..