Sunday, January 23, 2011

Perlu Ke Pergi Konsert?


Assalamualaikum. Ok baru-baru nih kawan-kawan aku kecoh pasal tiket konsert Super Junior. Siapa yang tak kenal kan? Kumpulan yang famous amos tuh dan menjadi kegilaan wanita-wanita tuh. Erk! Aku tak minat dan ramai orang kata aku tiada perasaan sebab tak minat diorang. Sampai hati betul! Uhuuuu~ Tapi aku adalah minat lagu diorang tapi sesetengah je lah. 

Ok berkenaan dengan konsert tuh. Ramai jugak kawan aku yang kecewa gara-gara tak dapat tiket konsert tuh. Oh apakah? Sejujurnya aku tak berapa minatlah tengok diorang yang agak kecewa tuh. Ustaz aku cakap pergi konsert tu Haram dan aku pasti diorang juga tahu akan kenyataan tuh kerana kitaorang semua telah diberitahu oleh ustaz tahun lepas atau diorang dah lupa? Buat-buat lupa ataupun buat-buat tak tahu? 

Waktu rehat pukul 3:15 PM.

Kawan: Berkata-kata tentang konsert SuJu. (Kecewa tuh)

Aku: Weyh.. Pergi konsert tu kan Haram.. 

Kawan: Ni yang benci nih. Ceramah waktu-waktu nih..

Aku: Terdiam terus. (Terkilan sebenarnya. Haha) ;p

Ok salah ke aku bagitahu dia? Kalau mereka tak tahu, aku kena bagitahu sebab diorang kawan aku. Takkan nak biar je kan? Memang itu kenyataan, kenalah terima mana boleh benci-benci. Mereka kawan aku, aku sayang kawan aku. Sahabat yang sejati adalah orang yang dapat berkata benar kepada anda, bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata anda. Betul tak? Ok berbalik kepada hal konsert tadi yer. Mereka persoalkan aku macam mana pulak pergi konsert nasyid? Sejujurnya aku tak tahu dan aku suruh diorang tanya ustaz. Malu bertanya sesat jalan jadi pandai-pandailah diorang bertanya! Bila dah bertanya jangan tak puas hati segala. Cubalah terima kenyataan yer kawan-kawan semua. (; 


Kebaikan Pergi Konsert:

a) Seronok dapat buang masa dekat sana.
(Baca Al-Quran dekat rumah lagi bagus!)

b) Seronok tengok muka artis-artis yang hensem lagi kacak bergaya.
(Tengok muka mak abah dekat rumah lagi syok!)

c) Seronok dapat beli tiket yang mahal-mahal.
(Membazir! Sedekah dekat fakir miskin lagi bagus.)

d) Seronok dapat bercampur sesama lelaki dan perempuan.
(Korang pergi bercampur dengan geng usrah lagi mantap!)

Ustaz aku memang kata pergi konsert Haram dan aku tak pernah pergi konsert mahupun tengok wayang. Serius aku tak pernah! Sebab tuh kalau kawan-kawan aku ajak keluar, aku mesti tanya diorang "korang tengok wayang tak?" Kalau yer memang aku takkan menghadirkan diri punya. Aku pun bukan orang yang baik sangat tapi tak salah kalau kita mencuba untuk menjadi baik dan terbaik! Tak gitu?

Persoalannya sekarang. Perlu ke kita pergi konsert? Aku rasa TAK PERLU. Aku tahu setiap orang ada pendapat masing-masing. Walau apapun orang nak kata jawapan aku tetap TIDAK. Tak tahulah pulak korang? Haha sekian sahaja yer. Math aku tak siap lagi nih. Assalamualaikum.


Maaf untuk penggunaan aku kepada mereka yang lebih berusia. Bukan bertujuan untuk berkurang ajar tetapi hanya untuk mendapatkan 'feel' ketika menulis. Harap Maklum!

15 comments:

Unknown said...

btol tu pegi konsest dgn tgk dlam tv? tgk dlm tv best lagi.. hehe

kindergartenlibrary said...

yeah !
entry yang memberi kesedaran ..
=)

Anonymous said...

em..betol3..minat 2 minat jugak..tp nak buat sesuatu kn pikir jugak..hidupkan bersyari'at..ada boley ada tidaknya..huhu..

Syazwana said...

tak suke gak super junior
xD

mie said...

ye ke..
macam mana pula kalo konsert maher zain?
berunsur dakwah..

ila said...

g konset buad penad+abes duit je

Atika Natasha said...

ika sgt tkut tgk kdaan kat k0nsert..riuh2 mcm x ingat dunia akhirat dah..stakat ni blum jejak kaki ke k0nsert wl0pun maher zain..hehe..bese la syiqah,nak mnegur ni mmg susah skit..tp pcaya la,0ne day deme akn renungkan balik tguran syiqah tu..dpt gak saham utk syiqah di akhirat sana kan?kan? well d0ne dear..

cimi said...

erk~
xpnh la plak g ag.

fyna ahmad said...

hehehe..x pernh pown g konsert2 mcm tue..



jom singgah n follow belog saya..
http://inibelogfyna.blogspot.com/

Anati Soki said...

setuju!! tgk konsert lagi best dlm tv.. heheheh.. arits pun nmpk mkua smpai ke taik hidung pun boleh nmpk.. hehehe

sekamar rindu said...

salam..

tak perlu berasak2 nak lihat konsert tu..

**follow ur blog..***410

ARJUNA.Inc said...

hehe..kalo nk bjimat x yah ler..utube ade..tv ade..mcm2 tmpat ade nk tgok pn free..smbil mkan kcang goreng dlam mangkuk goreng belacan pn bley..haha

Akmal Khalidah said...

tgk dlm tv je..tak pun kat youtube..jimat :) suju suju :)

Amelia said...

xpernah gi knsert..gi knsert tadika je..hehehe

Sis said...

ade ke konsert suju?? alamak! ketinggalan..~ takpe la.. ta kecewa pon. tgk kat utube pun da best walopon kene tunggu loading! shiqah, aku pun ta penah tgk wayang~! gimme 5! ^^