Friday, January 28, 2011

Sukanya! :D


Ikuti Cerita Aku Bersama Si Dia

Pada suatu petang, kelihatan makcik-makcik sedang berborak-borak di luar ataupun mereka sedang menganyam ketupat bersama-sama? Woiit tak baik berburuk sangka! Ahakz! Aku yang baru balik dari sekolah  menggunakan kenderaan aku sendiri iaitu basikal hanya mengayuh basikal dengan ayu lagi sopan. Keh3 :D Dah sampai depan rumah, aku terus membelok dengan penuh kesantunan! Adehh. Belum sempat aku parking basikal, Si Dia sudah terpacak di sebelah! Bukan sebelah aku tapi sebelah rumah. Si Dia merenung aku dengan penuh kasih sayang yang tidak terhingga. Romantik dan sangat sweet! Itu je dalam fikiran aku waktu tuh. Aku tahu korang jelous! Wee~

Aku pun membuka langkah sesaat untuk menyapanya. Aku menghulur senyum padanya dan Si Dia juga turut membalas! Woahh bahagianya! Aku dapat rasa walaupun Si Dia hanya senyum dalam hati jep! Ngahaha. Aku tahu aku gatai tapi Si Dia tuh yang menggatai dulu. Mentang-mentang dia tuh jantan! Senang-senang je nak mengorat aku yang masih innocent nih. Kah3. Kami pun mula berbual-bual. Pandangan tajam daripada mak aku pun aku tak hiraukan lagi. Detik ini, hanya aku dan Si Dia. Wuuuuu!~ Suara Si Dia jangan cakap! Manja je. Tangkap lentok aku wok! Hahahaha!

------------------------------------------------------
Aku: Kau suka dekat aku ek?

Si Dia: Mestilah! Kau kan selalu layan aku. Bukan setakat suka,
aku sayang kau sekali tau! (Manja je suaranya)

Aku: Aku pun sayang kau! <3 (Muahhh!)
------------------------------------------------------

 WOIT KORANG FIKIR APA TUH? CERITA BELUM SELESAI LAGI!
JANGAN FIKIR BUKAN-BUKAN EK!
AKU NIH BAIK ORANGNYA.
OPS MAAF TERANGKAT BAKUL SENDIRI PULAK.
SAMBUNG BALIK! SAMBUNG BALIK!

-
-
-
-
-
-

Perbualan aku hanya diselangi dengan bunyi 'MEOW!' 'MEOW!'  Rupanya aku hanya syok sendiri! Aku punyalah borak tak hengat tapi dia hanya balas dengan perkataan 'meow' je. Haha sebenarnya aku berbual dengan kucing jiran aku. Tapi aku tahu dia sayangkan aku. Semua yang dia kata tuh betul! Korang jangan tak tahu aku nih fasih bahasa kucing sebab tuh kucing-kucing dekat luar sana, semuanya sayang dekat aku! HAHA! Mak aku kata aku buang tebiat dok bercakap dengan kucing tapi kucing tuh yang buang tebiat dulu, dia yang ajak aku berborak, aku layankan aje lah! Wee~

 Cats love me :)

Lalala~ Kerja sekolah bertimbun. 'Sukanyerrr'! Study Shiqah! Study! Eden tengah semangat ke arah kejayaan yang melampau nih so study pun kena melampau jugak. Kasi adil nanti ada yang merajuk susah pulak nak pujuk. Uhuk! Periksa dah dekat. Uhuuu :') <----- Kata-kata semangat plus penyedap hati je nih. Adoyai~ Ahah! Happy Birthday KN walaupun lewat sehari. Sehari je takpe! Jangan berhari-hari nanti merana. Adehh den sudah melalut ke laut pulak. Wuuuu~ Assalamualaikum semua. Tata!

4 comments:

Amelia said...

hahaha..cesss..cik shiqah ni wat suspen je..hehe..

sye pon sllu ckp ngn kcing..
kcing uh jwb meow je,,hehe

Cik Naddyy said...

saspenn . ade babak muah tu :P

rupenye meow ? haha , tkejot !

kindergartenlibrary said...

haha
cakap dengan kucing rupanya .
ingatkan kisah cinta
haha

Akmal Khalidah said...

cik shiqah!ingatkan awak dah ade mr right...terkejut :P hahaha..