Saturday, January 29, 2011

Terluka Lagi


Assalamualaikum. Perasaan cinta dan sayang, semua orang pernah mengalaminya kan? Mesti sakit giler kan bila cinta tak berbalas. Hoho aku tak tau sebab aku tak pernah bercinta tapi mengikut apa yang aku tengok, memang selalu macam tuh lah. Sama juga dengan kisah seseorang yang aku kenal nih. Aku yang dengar pun dapat rasa apa yang dia rasa tapi apa yang aku rasa mesti tak sama macam dia. Dia mesti lagi terluka. Aku tak boleh buat apa-apa tapi sekurang-kurangnya aku dapat dengar apa yang dia pendam selama nih. Kurangkan beban perasaan dia. Mungkin itu sudah baik kot? Huhuhu.

Kisahnya begini, dia nih bagi aku orang yang keras hati juga lah. Susah benar nak bercakap dengan lelaki. Nampak lelaki pun buat endah tak endah aje. Dia bukan macam perempuan yang aku kenal, senang benar tangkap cintan. Dia lain daripada yang lain. Itu pendapat aku tentang dia lah tapi suatu hari ada seorang lelaki yang buat dia berubah. Mungkin layanan lelaki tu terhadap dia membuatkan dia suka lelaki tu atau dengan kata lain sudah tangkap cintan sama mamat tu. Walaupun sekeras mana hati perempuan, mesti akan cair punya kalau jumpa orang yang baik apatah lagi layan dia macam orang special. Itu yang aku fikirkan. Kui3.


Dia nih pula memang orang yang tak suka kecoh-kecoh. Dia hanya pendamkan perasaan tu sorang-sorang. Biarlah dia sorang aje yang tanggung semua tu. Mungkin dia malu. Kalau aku pun macam tu, buat apa nak kecoh-kecoh cakap dekat orang kan? Hehe ;D Perasaan dia mula tak tenteram. Teringat-ingat dekat mamat tu. Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang dan macam-macam lagilah simtom orang tengah mabuk cinta. Tapi tiba-tiba lelaki tu mula menceritakan perihal perempuan kesayangannya, hati dia mula terluka bak kaca yang terhempas ke lantai. Korang boleh bayangkan macam mana retaknya kaca kalau terhempas dekat lantai? Teruk kan? Aku hanya simpati, apa boleh buat kan. Lelaki tu sudah berpunya rupanya.

Hari-hari lelaki tuh cerita pasal perempuan kesayangan dia dekat kawan aku nih. Kawan aku pula layan macam biasa aje macam takda apa-apa yang berlaku, siap bagi kata-kata semangat lagi nih untuk si lelaki mengenai masalah cinta mereka (lelaki yang dia suka dan perempuan yang lelaki tu suka) tapi hati dia takda siapa yang tahu. Hari-hari makan hati berulam jantung. Sakit tuh! Adess~ Semakin hari, semakin sakit lalu kawan aku nih mula menjauhkan diri. Dah tak tahan menanggung rasa! Haihh parah betul. Huhuhu.

Walaupun kawan aku nih dah tak berhubung dengan lelaki tu lagi, tapi dia masih menyimpan perasaan. Setia betul. Perempuan memang dilahirkan dengan sifat setia kan? Aku sangat kagum dengan dia sebab dia tak pernah berdendam tapi sebaliknya mendoakan kebahagiaan si lelaki. Kawan, semoga tabah yer :) Buat lelaki, kalau tak suka tu janganlah layan terlebih sangat takut nanti ada yang kelukaan. Jangan terlalu memberi harapan. Hati perempuan nih lain. Ingat!

Walau seteruk mana hati dilukai, bentuklah hati itu semula dan serahkannya kepada Ilahi. Itu lebih indah, kan kawan? (:
 

8 comments:

StrawberryShoujo said...

Hati yang terluka bisa membuatkan diri menjadi lebih matang.. ecece.. hehe..

"Walau seteruk mana hati dilukai, bentuklah hati itu semula dan serahkannya kepada Ilahi. Itu lebih indah" suke ayat ni :))

kindergartenlibrary said...

yup .
jangan beri harapan .
kalau bagi dan tak tunaikan
berdosa tahu sebab bagi orang mengharap ..

ila said...

yess..
bentuk la hati itu semula dan serahkannya kpd ilahi.
sgt setuju

say to easy=) said...

kisah nie mcm kisah akak jg..haha..tapi itu dulu r..bnyk kali jg..pedih gile org yg kite syg tgk2 x suka pd kite..last2 lost cntct..tp skrg kalo ingt balik,jadi kisah lucu tau..:D..

Akmal Khalidah said...

sad story...:(
bagus kwn awak tu...setia... :)
mungkin ade hikmah sebalik
ni...

Unknown said...

sdih plak cte ni.. hmm..

Amelia said...

yupp..

tpi tak smua pmpuan stia..ada pmpuan mahal ada yang murah..woops..hehe..

benda ni mcm sy pon pnah alami lah..haha..tpi xminat gile lah..

apdm said...

salam malam isnin =)

sedihnya...semoga beliau tabah,perempuan memang setia =)

p/s:so3 lama tak singgah sini,line problem ;(