Assalamualaikum. Haihh tiba-tiba aku rindu dengan Manja, arwah kucing aku. Hahaha sunyi kot takda dia dekat rumah. Kalau aku main laptop, mesti dia ada dalam bilik nih, tumpang membuta. Kalau aku boring, mesti aku akan main-main dengan dia tapi sekarang ni aku hanya boleh main laptop je. Kuang3. Tiba-tiba aku teringat tentang satu kisah yang terjadi beberapa tahun lepas. Waktu bulan puasa. Aku coretkan disini agar aku tak lupa tentang apa yang Manja buat. Wee~
Aku kalau tidur memang tak hengat. Kadang-kadang jam loceng berbunyi pun macam takda bunyi. Bak kata abang aku, bunyi bom dekat sebelah meletup pun tak dengar tapi memang lah tak dengar kan, dah bom meletup mestilah aku gol. Erk aku dah merepek! Ok berbalik kepada cerita asal. Entah macam mana sedap-sedap aku dok membuta, aku rasakan ada bulu-bulu sedang menempek di muka aku. Tersondol-sondol macam tak cukup kasih sayang! Dengan malasnya aku buka mata, tengok-tengok si hensem lagi kacak Manja aku rupanya. Tak cukup dengan sondol, dia miaw-miaw pula. Aku dah pelik, budak nih buang tebiat ke apa? Pagi-pagi dah kacau aku. Pelik-pelik!
Aku terus bangun dan ambil handset dekat tepi. Tengok jam dan.. Ya Allah! Waktu sahur dah nak habis. Terus aku bangun dan kejut semua orang dalam rumah yang masih membuta dan pada hari tu, kami hanya berniat kerana sudah tak sempat nak sahur bagai. Mak aku tak terbangun rupanya dan nasib baik Manja kejut aku kalau tak memang kitaorang semua dalam rumah tak puasa! Muahahaha. Aku cerita dekat mak aku, mak aku senyum dan usap-usap kepala manja. Manja pun merelakan je, kalah aku! Ini sudah lebih! Hehe tapi apapun Manja sudah menjadi penyelamat. Tengok, kucing bijak kan. Best tau ada kucing. Huhu.
Baik kan Manja! Oh Manja, kak shiqah really miss you! Tidur tenang-tenang yer. Ngee~ Nanti bila aku dah besar, aku nak bela kucing banyak-banyak tapi tempat manja dihati aku tetap nombor satu! Haha ;p
5 comments:
memang bez ada kucing..hehe
rasa mcm kawan sndiri :)
nyway..nice template..hehehe
comelnye manja!!!
comelnye manja :D
hmm, hari tu kwn farah ade cite psl kucing die yg accident.
kucing tu kejutkan diorng mase pagi tu, miaw miwa lagi. unfortunately, tu hari terakhir die ngan kwn family kwn farah. :)
alahai~ apsal cite leleh2 ni.. ko ni shiqah! hee...
eh! choki kan ade.. atau da takde? errr.. wat sabo la bebanyak eh..
p/s: jgn la nk soh aku bela kucing. mati idop balek pon tanak! >,<! (oke, ini cume gurauan. jgn take it heart!) peace!^^
manja mmg comel tpi tinggal kenangan je lah. huuhuhu.
aula, hahaha. chiki lah! chiki dh hilang kot. :(( sedih aku. pas sowang2 pegi. huahuahua takpe2, tunggu aku dah besar, aku mau bela banyak2 kucing. ngeh3 ;p
p/s: dh lama dh aku tau. hehehe~
Post a Comment