Assalamualaikum. Aku teringat kembali apa yang pernah ustazah cakapkan dengan aku semasa kami sama-sama melepak dekat bilik guru. Tahun 2009 semasa aku masih lagi bersekolah rendah, darjah enam tak silap aku. Masih terpalit dalam ingatan dan selamanya-lamanya akan aku ingat pesanan tu, InsyaAllah.
Engkaulah Bidadari Dunia.
Mereka Wanita Dambaan Kasih.
Dia Pahlawan Srikandi
Pesan ustazah kalau nak jadi cantik seperti mereka diatas, selitkanlah kata kunci yang akan aku terangkan sebentar lagi. InsyaAllah, impian kalian akan menjadi nyata. Kenyataan dan realiti. Kata kunci yang ustazah aku maksudkan ialah:
Musyarakah.
~> Yakin, diri mempunyai kecantikan tersendiri.
Murabakah.
~> Terima dengan insaf dan syukur dengan keadaan diri sendiri.
Muhasabah.
~> Sentiasa lihat kekukarangan diri dan memperbetulkannya.
Muakobah.
~> Sentiasa didik diri menjadi wanita sempurna.
Muqarrabah.
~> Sentiasa dekatkan diri pada Allah SWT.
Mujahadah.
~> Berusaha melawan nafsu jahat.
Muarabah.
~> Cuba hakis kejahatan dalam diri.
Kata ustazah aku lagi, bukan wajah seseorang wanita yang menjadi nilaian tapi akhlaknya, budi pekertinya dan agamanya. Peliharalah kecantikan itu, hingga menjadi bidadari dunia hingga di'sana' =) InsyaAllah ustazah, Amin!
P/S: Rindunya dekat ustazah! Ustazah yang selalu ajak aku lepak ;p
10 comments:
thanks atas nasihat akk
:)..
takpe prof! hehe ;D
sama2 ambil pengajaran kan? hehehe.. anat suka entry nih :)
Haha,makan kacang? okay jugak tu.Kat ne yer? haha.
salam pagi jumaat =)
perkongsian yang menarik
ha betul betul. akhlak kita itu mencerminkan kita siapa.
cantiknya muka? subjektif je. kalau tua, kedut juga kann kan :)
wah! btol2 apa yg ustazah awk ckp sbb sy pnh dgr jgk psl ni
suke baca :)
weyh, ustzh pe weyh?? nk tau gak!
Biar rupa tak cantik ,janji hati kacak...
Post a Comment