Sunday, February 27, 2011

Subhanallah! Indahnya!



Bila pandang langit, mata ni macam ada cahaya. Tengok burung-burung terbang, rasa nak join sekali. Mereka bebas meneroka langit biru. Kadang-kadang jeles juga melihat mereka. Kemana-mana saja mesti ada kumpulan dan pasangan. Tidak berseorangan dalam meniti perjalanan hidup. Sweetnya! 

Bila lihat langit biru, rasa macam nak melakarkan sesuatu di atas sana. Perkara yang terbuku di hati. "Subhanallah, Indahnya ciptaan Allah!" Biar satu Malaysia tahu apa yang dalam hati aku yang teruja nih. Haaaa~ Memang selalu aku lihat tapi aku tak pernah mengenal erti jemu tahu? Macam jatuh cinta banyak kali, ada faham? 

Kalau pandang langit biru, pandang bunga-bunga dekat taman rumah aku, automatik aku tersenyum. Mereka memang pandai menghiburkan hati aku. Senyum sendiri, orang cakap aku buang tebiat tapi tak kisah la kan! Aku senyum dekat mereka dan aku pasti mereka juga membalasnya cuma aku tak nampak dengan mata kasar. Eh walaupun aku tak nampak, tapi aku dapat rasa. Dari mata turun ke hati. Wah!


Selepas siang, malam pula menjelma dan permandangan lain pula muncul dan semestinya indah-indah belaka di penglihatan dan pendengaran aku! Bila malam, langit gelap dan hitam tapi ada sesuatu yang menyerikannya iaitu bulan dan bintang. Udara pula lebih segar berbanding dengan siang. Bulan dan bintang umpama satu pasangan kan. Yelah dimana ada bulan disitu ada bintang menemani. Bila ku renung, ada satu perasaan yang menyelinap di hati. Perasaan itu tidak pernah berubah hingga kini. Indah sangat. Heee~

Oh bila malam, suara cengkerik menyanyi memang tidak akan hilang. Walaupun bunyi cengkerik tuh lain macam tapi tetap merdu. Sekurang-kurangnya suara mereka memeriahkan malam yang sunyi. Itulah kelebihan mereka difikiran aku. Selain tu, hati yang gundah gulana juga boleh terubat dengan nyanyian mereka tapi ianya bergantung terhadap pemikiran individu itu sendiri. Ada orang tak suka, aku tahu. Huhuhu tapi kenapa yer? Hurmmmm.

Alam ciptaan Allah ini sangat indah. Sangat-sangat indah. Terpulang kepada kita sendiri untuk menghargainya atau tidak. Ada orang tak sedar keindahan ini. Contohnya, dia melihat alam ini dengan pandangan kosong. Betapa ruginya mereka. Sangat rugi tahu! Kui3

1 comment:

AzwanRamli said...

Kita dok puji potret monalisa,sedangkan lukisan alam lebih indah sebenarnya...