Tuesday, February 1, 2011

Ucapkan-lah Kata Sayang!


Assalamualaikum. Aku nak tanya korang, berapa kali dalam sehari korang ucapkan kata-kata sayang dan cinta kepada ibu bapa masing-masing. 5, 10 ataupun tak pernah langsung? Aku takda jawapannya, tepuk dada tanya iman. Hehe ;D Kepada yang tak pernah, kenapa boleh sampai begitu sekali? Mungkin antara sebabnya ialah:

a) Ego terlebih dalam diri.

b) Malu!

c) Kenapa mesti saya yang mulakan?

Ok aku akan ulaskan sedikit dengan lebih lanjut mengenai sebab-sebab diatas dan cara-cara penyelesaiannya. Aku pun selalu macam tu juga so aku tahu apa cara yang paling sesuai untuk kita mengungkapkan kata-kata sayang kepada kedua-dua ibu bapa kita tapi cara kita berbeza kan?

Ego Terlebih Dalam Diri.

~> Sebab di atas selalunya lelaki yang banyak bermasalah. Kalau perempuan aku rasa takda masalah nak ucap kata-kata sayang nih kot? Tapi dua-dua aku rasa sama aje lah. Semua ada ego tersendiri. Bagi lelaki dan perempuan yang dah ada GF/BF, korang mesti setiap malam bergayut tak hengat dengan GF/BF korang masing-masing kan? Sampai dahan pun nak patah! Tak cukup bergayut, korang mesti SMS sampai kredit pun elok-elok penuh jadi kering kontang! Hak3. Cuba tengok balik apa isi calling-calling, mesej-mesej yang korang hantar, isinya sangatlah jiwang! I love You, I Miss You dan banyak lagi ayat-ayat jiwang.

Bab dengan GF/BF, korang memanglah raja jiwang tapi kalau dengan ibu bapa, korang jadi hamba jiwang! Dengan GF/BF, berjuta-juta kata sayang terucap dekat bibir tapi dengan ibu bapa kosong! Tak patut, tak patut. Apa kata korang buang ego dalam diri dan cakap! Dengan GF/BF boleh, inikan pula dengan ibu bapa sendiri takkan tak boleh? Ingat balik siapa yang jaga korang waktu masih bayi, yang jaga korang waktu sakit, yang bagi korang duit masa nak pergi belajar dan macam-macam lagi jasa mereka yang kita memang tak mampu nak bayar dengan wang ringgit. Sekurang-kurangnya bila ibu bapa dengar ucapan sayang kita tu, sejuk hati mereka. Jangan tunggu sampai nasi jadi bubur, waktu tu semuanya sudah terlambat!

Saya Mengalami Masalah Malu Yang Kritis.

~> Malu memang sudah sebati dalam diri kita tak kira lelaki atau perempuan. Malu memang perlu dalam diri kita tapi janganlah terlebih malu pula. Maksud kata aku disini, nak bagitahu I Love You dekat ibu bapa sendiri takkan itu pun nak malu! Memang ada sesetengah orang yang malu sangat, aku faham. Ada orang nih memang dah tak boleh nak kikis lagi sikap terlebih malu nih. Hehe ;D Kalau begitu, apa kata kita guna cara lain. Tak mampu keluarkan suara, kita tulis surat! Surat nih lebih kurang surat cinta tapi ini lebih istimewa kerana surat itu untuk ibu bapa kita. Aku jamin kalau ibu bapa korang baca surat cinta tu, mereka pasti akan tersenyum dan mengalirkan airmata. Terharu+gembira punya pasal! Haha. Aku cakap macam tu sebab memang betul pun, aku pernah mengalaminya. Tak sampai beberapa minit, aku pun join sekali nangis! Haha malunya! :") Tak rugi korang cuba cara nih! Cubalah. Sesuai untuk semua orang tau! =)

Kenapa Mesti Saya Yang Mulakan?

~> Oh yang ini aku tak nak ulas panjang. Aku cuma nak cakap, "Kau anak, kau mulakan-lah dulu. Dulu waktu kau baby asyik mak kau aje yang cakap. Dah besar pun sama juga. Sekarang giliran kau lah pula, baru adil dan saksama kan?" ;)


P/S: Saya Sayang Mak, Abah, Kakak, Abang dan Adik Saya <3

10 comments:

kindergartenlibrary said...

wow ..
nice tips lah !
nelly suka .

Anonymous said...

smart~hehe
tp.na ego jugakk.haha

Anati Soki said...

yg c tuh anat suka..hehe
hehehe.. slalu pikir jugak.. knp kta kena strt dlu.. takot cinta tak dterima la apa la.. hehehhe.. malu pun sama banyak.

Amelia said...

syang syang..hehehe

Bunga said...

xpernah ckp pom dalam sehari..tapi perlakuan sudah cukup bg bunga yang kita sayang dia..heee..leh x cam 2..

bunga syg sangat kat mak n abah..

lau dalam msg pernah la ckp..huhu..lau depan2 fufffff..xtahan la..huhu..

Akmal Khalidah said...

saya sayang ibu,ayah,kakak(s),abang dan adik saya yg cute :)

ARJUNA.Inc said...

ala...sdey lak..terasa pn ade..hehe..t blek nk ikut la..heheh..gud2 tips..huhu

apdm said...

salam petang selasa =)

pada saya sayang tidak semestinya dgn perkataan, sbb saya tak pandai nak cakap, tapi kalau bab tolong2 sayalah yang laju..heeh

#Tiramisu said...

i loikkeeeeee ! terbaekkkkk wokkkkk ! ;p

Tiqiezaidi :) said...

Yeah tu la perangai tiqie :(
tp susah lah nk berubah...