Wednesday, December 15, 2010

Cover Your Aurat Campaign :: Show Your Support !

Assalamualaikum. Ahah saya telah di tag oleh Farah untuk join kempen yang dinamakan 'Cover Your Aurat Campaign | Show Your Support.' Kempen ini dianjurkan oleh PotpetKing. Mengikut pihak penganjur, cara-cara untuk join kempen nih adalah seperti berikut:

1. Buat satu entri baru yang bertajuk : COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR 
    SUPPORT!
2. Letakkan banner di atas dalam entri anda dan linkkan ke entri ni semula.
3. Tuliskan pandangan anda tentang menutup aurat.
4. Letakkan link entri anda mengenai kempen ini di ruangan komen entri ini.
5. Kalau boleh tagkan 3 kawan anda untuk menyokong kempen ini. The more the merrier.

-----------------------------------------------
Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Pada pandangan saya dan apa yang saya belajar dekat sekolah, aurat dari segi bahasa adalah keaiban manakala dari segi syarak ialah bahagian-bahagian tertentu yang ada pada badan manusia yang wajib ditutup daripada pandangan orang yang diharamkan untuk melihatnya yakni bukan mahram anda! Aurat wajib ditutup yer dan ini perintah Allah. Sesetengah orang kata (perempuan), mereka tidak bersedia lagi nak pakai tudung. Belum sampai seru. Itu memang jawapan yang famous! Bagi saya, alasan itu sangat tidak munasabah dan tak boleh diguna sama sekali! Kita hidup dekat dunia nih hanya sementara, esok-esok mana tau dah tak bernafas. Waktu tuh apa kita nak jawab dengan malaikat Munkar dan Nakir dekat kubur nanti. 'Kenapa kau tak tutup aurat?, Aku tak bersedia lagi..' Hah boleh ke awak jawab macam tuh? Fikir-fikir lah sendiri. Hehe. Menutup aurat itu perintah Allah SWT, tak melakukannya maknanya kita ingkar dengan suruhanNya. Nak ke Allah marah dengan kita? Uishhh taknak! Oleh itu, lakukanlah perintahNya dengan sebaik-baiknya. Islam itu mudah dan indah tapi kita yang gatal-gatal menyusahkan diri sendiri. Huhuhu.
Sepertimana yang kita tahu, aurat wanita adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua telapak tangan. Leher dan rambut adalah aurat dihadapan lelaki ajnabi walaupun rambut tuh hanya sehelai. Mengikut apa yang saya tengok, sesetengah wanita memakai tudung tapi jarang, memakai tudung tapi pakaian menampakkan bentuk tubuh badan yang konon mantap (ngee~), memakai tudung tapi singkat yakni tak labuh sampai dada dan macam-macam lagi. Adakah itu yang dikatakan menutup aurat? Lu pikirlah sendiri! Kalau tak tahu bagaimana hendak menutup aurat dengan betul, dekat google banyak. Search je, beribu-ribu keluar. Gunakan kemudahan yang ada tapi jangan sekadar baca plus tengok sekali pandang, amalkanlah dan semoga istiqamah! Sungguh rugi orang yang tidak menjaga auratnya dengan betul. Ikhlaskan diri kerana Allah, InsyaAllah anda pasti akan merasa kenikmatan menutup aurat.
Saya pernah tonton siaran Al-Kuliyah dekat TV3 yang membincangkan isu Aurat. Saya masih ingat apa yang ustaz tuh cakap, "Saya pernah nampak ada seorang muslimah sangat bagus, memakai jubah, bertudung labuh tapi ada satu je yang tak kena iaitu dia tidak memakai sarung kaki!" Hah kaki juga aurat bukan, so kita mestilah menutupnya. Jangan pandang remeh tentang hal ini. Mungkin para muslimah diluar sana tak menyedari akan hal ini. Jadi, kalau dah tahu tuh, silalah mengambil langkah-langkah yang perlu anda buat yer! Jangan main redah je! Hehehe :D

Hah satu lagi yang kita terlepas pandang. Aurat wanita Islam dihadapan wanita yang BUKAN Islam adalah sama seperti aurat mereka dihadapan orang yang bukan mahram. So, mereka (wanita Islam) wajib menutup aurat apabila berada dalam kalangan wanita yang bukan Islam. Ada faham? Hurm tak kiralah sepupu kita ke, pakcik kita ke, anda tetap kena tutup aurat dihadapan mereka, mereka bukan mahram kita. Ingat! :)
Aurat tidak akan tertutup dengan berperangai baik. Aurat tidak akan tertutup dengan sifat lemah lembut. Aurat tidak akan tertutup dengan kata-kata yang baik. Aurat tidak akan tertutup dengan solat tetapi hanya akan tertutup dengan pakaian yang sempurna.
(Testi iluvIslam.com)
Itulah serba sedikit pandangan saya. Banyak lagi yang boleh dikupaskan mengenai isu aurat nih. Aurat nih banyak cabang-cabangnya. Kalau dibincangkan pun, memakan masa yang lama. Hehe :D Ok itu saja. Renungkan-renungkan dan selamat beramal, assalamualaikum.
Tiga Orang Yang Di-tag
Seindah-indah perhiasan di dunia ialah wanita solehah.

6 comments:

Farah Hanim said...

suke jawapan shiqah :D

Husna said...

sukaaaa ! <3

SumaiyyahAbidah said...

Like your comments :)

ANATI SOKI said...

anat suka pendapat kamu!!! hehehe...

asyfiqaz said...

thanks for supporting ye semua!
semoga usaha kecil kita semua ni diberkati Allah =)

macam tulis artikel majalah pulak kan? btw perkongsian yang amat menarik =)

humbleyat said...

wah..best2 entri ni, padat..thumbs up:-)