Wednesday, December 8, 2010

Jejak Kasih :D


Assalamualaikum. Haishh petang-petang yang sunyi sepi ni tiba-tiba gua teringat akan kisah yang lalu. Kisah yang penghujungnya pun gua tak tahu. Ada hari gua tergerak hati nak buat penyiasatan. Haha gua pun pergilah dekat pakcik google search nama orang yang gua nak tahu apa perkembangan mereka. Mana tahu kalau gua jumpa sama dia, bolehlah merisik khabar orang kampung gua nun jauh diutara. Tapi! Segala usaha gua tidak berbaloi, hampeh betul! Hak3 :D Gua kecewa hari tuh macam orang baru putus cinta. Macam mana perasaan orang putus cinta? Ada rasa mau bunuh diri tak? Hee~

Setelah gua mengubati perasaan kecewa gua yang tidak kurang hebatnya, gua sekali lagi menerima kejutan! Bukan kejutan elektrik tapi kejutan jiwa tahap dewa dewi! Gua jumpa orang kampung gua di Facebook tapi gua taknak jumpa dia, gua nak jumpa orang kampung gua yang lain. Kalau orang kampung gua di facebook nih, entah kenal gua ke tidak. Karang tak pasal dia kata gua syok dekat dia hingga mengaku gua nih sepupu dia! Owhh gua tak mahu itu terjadi, mintak dijauhkan! So niat suci lagi murni gua nih pun terabai macam tuh je. Gua tahu amatlah susah untuk gua jumpa dengan dia so gua trylah nak search nama orang disekeliling dia dekat pakcik google. Penat-penat gua berjalan semata-mata untuk berjumpa dengan pakcik google tiba-tiba gua blurrr! "Nak tulis nama sape pulak nih?" Adoihh mana lah gua tahu nama kawan-kawan dia. =.='


Ada satu cara nak cari dia iaitu di facebook! Kira nih cara terakhirlah, kalau tak jumpa jugak gua join masuk program jejak kasih larh gayanya! Hahaha :D Gua tulislah nama dia dengan bersemangat, tiba-tiba hambik kau shiqah! Berderet-deret, berduyun-duyun nama macam tuh! Jalan yang paling mudah untuk gua ialah tekan pangkah X terus. Keh3. Kakak gua kata dekat gua, dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Gua sangatlah kecewa sebab dah takda jalan hidup tapi jalan mati ada! So start dari itu gua konon bertekad lah PMR nanti gua nak belajar rajin-rajin, dapat 8A gua sendiri akan campakkan diri gua ke asrama penuh di tempat-tempat berhampiran. Haha InsyaAllah. Mana tahu dekat sana boleh terserempak ke dengan sesiapa. Bolehlah gua teruskan misi yang sudah lama tertunggak ini. Haishh jangan gua bermimpi di siang hari sudah larh! wee~

Ahah! Masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah! :) Tolong doakan yang terbaik untuk saya yer! Syukran :) Bittaufiq untuk diri sendiri~! 

3 comments:

syamimihaziqah said...

comelnye kucing ituuuu~

tp yg atas tu kucing kebasahan ke anjing kebasahan?

Sis said...

ko carik sape shiqah??
meh aku tlg carik kan skali..

Cik_Shiqah said...

kak ieqa: haha itu namanya kucing bengang kebasahan. hehe :D

Aula: aku cri .....! sepupu yg boleh dibawa bekerjasama. HAHA :D