Tuesday, December 20, 2011

Dalam Balang Derita, Ada Gula-Gula Bahagia. Harus Percaya. (^_~)



Ujian itu tanda cinta dari Tuhan,
Nikmat ujian yang diperoleh manis berpanjangan,
Itulah hadiah bagi orang yang bersabar dengan ujian.

Dalam balang derita, ada gula-gula bahagia. Di helaian kertas gembira, mungkin tercoret kisah duka. Tiada siapa yang faham, tiada siapa yang tahu. Ujian, tiada siapa pinta kehadirannya. Bibir senang melafaz kata sabar namun hati jenuh menahan rasa sakit dan menderita. Ujian yang hadir dan takdir yang dilalui, terimalah dengan lapang dada. Ikhlaskan hati, madu ujian pasti diperolehi.
Memang kadangkala hati rasa terseksa, namun ada hikmah disebaliknya, pasti. Setiap kali ujian menjelma, harus ada rasa bersyukur di hati dan juga jiwa. Itu tandanya Allah mengasihi dan menyayangi setiap masa, lalu diuji sejauh mana tahap iman sedangkan ramai yang terbiar, lalai. Hanya yang terpilih sahaja, mendapat ujian dariNya. Bukan senang Allah ingin memberi perhatian buat seorang insan yang bergelar hamba. Maka, bersyukurlah sentiasa dengan ujian yang diterima. Alhamdulillah. 
Redhalah dengan ujian yang kecil mahupun besar ini, kerana ujian itu adalah hadiah dan cinta dari Allah. Terimalah dengan redha, bukannya pasrah kerana pasrah dan redha itu lain maknanya. 

Makin banyak ujian,
Makin rapat dengan Tuhan,
Begitulah hamba yang beriman.


~*********************************************************************~


P/S: Aku sangat (L).(E).(T).(I).(H) banyak kerja :p
P/S 2: Oklah! Nak pi sambung buat mana-mana yang patut.
P/S 3: Senyum dan ceria-ceria selalu. ^_^ 
P/S 4: Assalamualaikum!

3 comments:

Haura Haseena said...

benar , kadang2 kita mudah letih dengan ujian dunia ni sedangkan semua tu berlaku ada hikmahnya. Ujian itulah penghubung kita utk lebih dekat pada Pencipta.

:)

amal said...

Menarik sangat title post :)

Ya,kadang2 manusia tak tahan dengan ujian Allah,tapi semua tu ada hikmah kan =)

Iman Lurv Islam said...

catchy title with attractive pic...setiap saat adalah ujian...jadi, merungut tiada guna...teruskan perjuangan selagiroh & jasad masih bersatu....