Dia hanya seekor siput berwarna coklat,
Tidak mempunyai kaki yang panjang untuk memanjat,
Tapi dia ingin menyeberang ke sana dengan cepat,
Lalu anugerah yang dikurniakan Allah digunakan dengan kreatif sangat,
Berkat usaha si siput yang kuat,
Dia akhirnya berjaya menyeberangi dengan penuh hebat!
Kadangkala manusia kena ambil iktibar dengan sikap baik yang ditunjukkan oleh sang haiwan yang sama-sama hidup di muka bumi ini. Itulah lumrah kehidupan, kena saling belajar antara satu sama lain, tak boleh sombong sangat dengan haiwan kerana makhluk ini mungkin lebih hebat daripada kita. (:
So, pengajaran yang boleh diambil berbunyi begini, kita kenalah yakin dengan kemampuan yang kita miliki dan jangan kata tidak mampu atau susah sebelum kita berusaha. Dalam dunia ini, tidak ada kemudahan yang kekal, sama juga dengan kesulitan, sesuatu perkara yang tidak kekal juga. Jangan malas, kerana terus bersikap malas tidak boleh mengubah apa-apa. Sebaliknya berusaha, baru boleh berjaya! Bak kata pepatah arab, Man Jadda Wajada yang membawa maksud sesiapa yang berusaha, pasti mendapat hasilnya.
Begitulah kehidupan,
Siapa malas berusaha, dia kecundang,
Siapa rajin berusaha, kejayaan mendatang.
Bulat takkan bergolek,
Pipih tak datang melayang.
Kan? (^_^)
P/S: Lagi satu sikap haiwan yang perlu dibuat contoh. Klik SINI. Tersentuh hati aku dengan kasih sayang yang diperlihatkan. Membuatkan naluri keibuan aku tersentuh. Huhuhu~
4 comments:
yeah! entry yg bermanfaat :) terima kasih :)
ingat word ni dalam hidup Insya-Allah kte bersemangat krn Dia..
D-DOA
U-USAHA
I-ISTIQAMAH
T-TAWAKAL
kita tak salah kan kalau jatuh ketika mencuba,tetapi yang tak bangun tu yang salah :)
syatoza: alhamdulillah :)
sea lavender: Syukran :)
Kak Husna: Betul sangat-sangat :)
Post a Comment