Wednesday, December 28, 2011

Kerana Segala-galanya Bermula Daripada Hati

Pegang hati ini kuat-kuat dan peliharanya sebaik mungkin.


Dia: Walaupun aku ni tak pakai tudung, tapi hati aku baik. Walaupun aku tak solat, hati aku baik, suka tolong orang yang susah. Walaupun aku tak buat apa yang kau buat, tapi hati aku baik!


Aku: Betul ke hati kau baik?


Dia: Betullah!


Aku: Setahu aku, jika hati seseorang itu baik, hati tersebut akan membawa tuannya ke arah jalan yang baik. Hati akan menyuruh tuannya menutup aurat. Hati akan menyuruh tuannya mendirikan solat. Hati akan sentiasa menegah tuannya daripada melakukan kemungkaran dan menyuruh tuannya melakukan amalan kebaikan. Segala perintah Allah, pasti hati akan menurutinya tanpa banyak alasan dan pasti tuan punya hati juga  turut merasakan tempiasnya, akan melakukan perkara yang sama. Jadi, kau mendakwa hati kau baik selama ini, boleh dipercayai?


Dia: Bercakap memang hebat tapi buktinya mana? Apa bukti mengatakan hati itu mempengaruhi segalanya. Ini hati aku, aku tahu la keadaannya bagaimana! Aku yang hidup bersamanya.


Aku: Rasulullah SAW bersabda, "Di dalam tubuh manusia itu, terdapat segumpal daging, jika baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuhnya, jika buruk daging itu, maka buruklah seluruh tubuhnya, maka ketahuilah bahawa segumpal daging itu ialah hati." (Hadis 40 An-Nawawi)


Jagalah hati jangan kau kotori.
Jagalah hati lentera hidup ini.
Jagalah hati jangan kau nodai.
Jagalah hati cahaya Ilahi.


*********


Terkejut tak ada post? Malam kelmarin aku kena ceramah dengan abang, insaf juga diri ni. InsyaAllah, aku akan terus menulis di blog ini selagi isinya bermanfaat untuk dibaca. Jika ada masa lapang dan terluang, aku akan menulis. Aku sekarang masih dibayangi dengan kata-kata abang aku. Dasyat juga lah kena ceramah semalam. Huk3!

5 comments:

Iman Lurv Islam said...

kadang2 kita kena paksa hati kita utk rela & ikhlas dlm mengerjakan perintah ALLAH...lama-kelamaan rasa seronok utk beribadah akan dtg dgn sendirinya & menguasai hati...pd saat itu, baiklah seluruh tubuh....jd, sama-sama taat perintah ALLAH & tinggalkan laranganNYA....

sea_lavender said...

Qalbu ini Allah berikan pada kita..
Hebatnya qalbu boleh berbicara tanpa suara..
Hebatnya qalbu mampu menangis tanpa airmata..
Tapi jangan lupa hebatnya qalbu juga boleh m'hancurkan iman kita...
Lemahnya qalbu dengan bisikan suara nafsu...
Jadi sama2 kita jaga qalbu kita dengan sebaik-baiknya.. ♥
Insya-Allah...


sekadar berkongsi~~ ^_^

Faaein Talip Roy said...

lagu dari snada..

"jagalah hati. jangan kau kotori..
Jagalah hati.. Lantera hidup ini.."


abang shiqah ceramah pasal apa?

best nye bila ada famili yang bagi ceramah /tazkirah ni..

Cik_Shiqah said...

Iman: btol3. macam solat, waktu kecik2 kena paksa dgn mak suruh buat, bila lama2 n bsr, hati dgn sndri akn ikhlas melakukannya. InsyaAllah..

Sea_lavender: perkongsian yg bermakna buat saya. Syukran :)

Kak Faaein: yup btol tuh :) ceramah psl dakwah. Alhamdulillah, abg slalu bgi tazkirah lps solat n klau ada masa lpg. tgok keadaan. huhu..

Kakakmu said...

bagus wahai adik ku,,teruskan perjuangan mu! ;)