Lafaz cinta bermelodi indah turut ku bicarakan.
Lautan api sudah ku selami hingga penghujung garisan.
Namun masih sama gelora yang ku rasakan.
CintaMu, RinduMu.
RedhaMu, RestuMu.
KasihMu, SayangMu.
Hadiahkanlah rasa itu kepadaku.
Hadirkanlah rasa itu dalam hatiku.
Sebarkanlah rasa itu di segenap jiwaku.
Ya Allah, ku harap cintaMu.
CintaMu nan satu.
Ku ingin rasai getaran itu.
Itulah yang sebenar-benarnya.
Puas ku cari, namun tidak ku jumpa.
Namun aku tidak pernah putus asa.
Usaha dan doa itulah teman setia.
Dikala aku mencari cinta.
Kadangkala di pertengahan jalan aku rebah.
Namun hati berbicara jangan pernah mengaku kalah.
Aku bangkit semula dan mengorak langkah.
Menuju ke arah Cinta Allah.
Dengan langkah istiqamah.
Buat aku yang bergelar manusia.
Jangan pernah putus asa mencari cintaNya.
Kerana itulah cinta sebaik-baik cinta.
Cinta yang buat engkau bahagia hingga hujung nyawa.
Coretan Hati, 5:57 AM.
Azan subuh juga sudah berkumandang.
Assalamualaikum.
8 comments:
walau mcm mana pun kita, memang terdetik di qalbu utk mendapatkan kebaikan & nikmat dari ALLAH...kerana pemberian ALLAH itulah yg terbaik & tiada tandingannya...dlm kita meminta, pasti ada ujian menyusuli...kekuatan itu juga datangnya dari ALLAH...ingin bersama dgn "teman setia" bukannya mudah...perlukan pengorbanan tanpa henti...moga ALLAH memilih kita semua...
puisi coretan cinta dari hati yang indah..
nice lah dek.. akak suka baca.. [^^,]
cinta pada-Nya..
masih jauh untuk ku gapai.. =(
Assalam.
Sebuah coretan yang indah untuk direnungkan, tq
Nikmat Allah tidak terhitung..
Sama-sama kita usaha mencari redha Allah.
Iman: hurmm btol tuh. setiap tindakan itu pasti akn ada ujian. Nak menguji sejauh mana kesungguhan seseorang insan. Semoga Allah memberi bantuan di setiap perjalanan.. Amin.. InsyaAllah.. Moga Allah memilih kita semua :)
Kak faaein: moga brmanfaat :) InsyaAllah, sama2 dekatkan diri dan berusaha mencari cintaNya. Yg pnting niat itu harus btol ^_^
Kak Nur: Wassalam. semoga bermanfaat buat kita semua :) Hurmm btol tuh. InsyaAllah, sama-sama lah kita ^_^
cinta Allah cinta terbaik ^^
Mmg best
Mulut kata ya, hati kata tak. Moga apa yang diperkatakan melalui mulut,hati membenarkan. Amin =)
mia: setuju ^^
Iffah: :)
Akmal: InsyaAllah, amin =)
Post a Comment