Wednesday, December 7, 2011

Perjalanan Untuk Mendirikan Baitul Muslim Yang Diredhai Allah

Cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi, Cinta ayah bonda tulus
suci selamanya, Cintakan saudara masa berada hanya sementara,
Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan.


Assalamualaikum. Manusia dikurniakan perasaan cinta dan itu fitrah, tidak boleh dihalang kehadirannya untuk menerobos dalam diri. Cuma sebagai insan yang berpengetahuan agama, kawallah perasaan itu agar diri tidak terjerumus dalam lembah kemaksiatan. Perasaan cinta/sayang antara wanita dan lelaki itu memang tidak boleh dinafikan kewujudannya. Allah juga menciptakan manusia itu berpasang-pasangan. Allah berfirman dalam Surah Yaasin ayat 36 yang membawa maksud, "Maha Suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tidak mengetahui."


Namun perjalanan dua insan dalam mencapai cinta yang benar-benar diredhai Allah amatlah sukar. Cinta ini bukannya seperti cinta yang lainnya. (Keluar berdua-duaan, tiap-tiap malam tangan menaip SMS, tiap-tiap pagi mula menelefon pasangannya) Cinta yang dicapai semata-mata inginkan redha Allah ini terlalu banyak halangan dan rintangan yang perlu dilalui. Syaitan akan lebih berusaha untuk melalaikan pasangan ini. Namun janganlah risau! Jadikan iman dan taqwa sebagai benteng diri dan hati. Selalunya niat yang benar dan suci, Allah pasti permudahkan dan berkati, InsyaAllah.


Saling mencintailah hanya kerana Allah, saling menyayangilah hanya
kerana Allah, saling membahagiakanlah hanya kerana Allah, kerana hanya
Allah-lah yang dapat menimbulkan rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.


Ada orang cakap, cinta yang berpandukan kecintaan kepada Allah akan membahagiakan hati manusia dan menenangkan jiwa mereka. Mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab Allah. Mereka yakin sepenuh hati bahawa ikatan cinta yang diredhai itulah yang akan membawa kebahagiaan dan keberkatan dalam hidup mereka. 


Memang susah dan payah untuk mencapai tahap itu, namun tiada apa yang mustahil jika tahap pergantungan kita kepada Allah tinggi. Teruskanlah jihad kalian untuk mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Perjalanan untuk mendirikan baitul muslim yang diredhai Allah, itulah matlamat utama! Semoga tercapai, Amin.


P/S : Dedicated this post special for my big brother and future sister-in-law, InsyaAllah. May Allah Bless both of you! :)


~ ***************************************** ~


~(SHARING IS CARING)~

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan cinta yang diberkati? Cinta yang diberkati itu adalah cinta yang diikat oleh ikatan suci pernikahan. Dalam Islam, tiada istilah bercinta ataupun 'cuba-cuba' walaupun dengan tujuan demi mendekatkan diri kepada bakal teman hidup. Islam memberikan ajaran lengkap, bagaimana mengenali orang yang mahu diajak hidup berumah tangga. Ajaran Islam berupa taaruf atau perkenalan. Perkenalan adalah cara yang sudah memadai. Dalam proses perkenalan, tidak dibenarkan adanya unsur-unsur penipuan, pembohongan dan ketidakjujuran. Mereka perlu memperlihatkan perkara yang sebenar supaya tidak ada penyesalan di kemudian hari. (Bibir Merayu Hati Bernafsu, Ahmad Haikal Ieman, M/S 4)

10 comments:

Inibelongeqa said...

Insyallah.. ammin ~
Nice info (:

Unknown said...

erm suke bace

adekah kite akan terglng

Addin said...

addin suka sangat, dah lama cari entri seperti ini.

Amelia said...

sis shiqah, i <3 dis post :) skarang slalu couple dah mcam trend..

suka lgi bercinta lepas kawen.. hehe

eiyzniey said...

Nice one!!!

model pakaian muslim wanita said...

salam kenal dari saya,,sukses yahh dengan postingan nya

Anonymous said...

em..menarik2..pekongsian yang bermnfaat..;)..moga shiqah pn bakal mendapat baitul muslim yang diredahai..amin:)

Cik_Shiqah said...

darl eqa: Alhamdulillah. semoga bermanfaat :)

Iffah: InsyaAllah, kita juga boleh.

Addin: semoga beroleh manfaat :)

Mia: ^_^ hehe, couple slps nikah itu lebih best. Mendapat keberkatan Allah, malah dpt mengumpul pahala. suka jge. ;)

eiyzniey: Alhamdulillah. moga bermanfaat :)

MPMW: :)

anonymous: Alhamdulillah, dengan izin Allah jge shiqah boleh melhirkan post sprti ini. InsyaAllah, amin. syukran :)

Farah Hanim Mohd Alwi said...

assalamualaikum shiqah ^_^ hhi slalu dtg sini, tp jrg tinggal komen. nice entry :) igtkn shiqah yg nk mndirikan baitul muslim ekeke :P

Cik_Shiqah said...

farah: waalaikummussalam. Alhamdulillah. eh saya lmbat lgi kot! jauh lgi perjalanan. hahaha :p