Assalamualaikum. Kejujuran itu penting dalam perhubungan. Betul tak? Tak kisahlah apa jenis hubungan sekalipun, kejujuran itu penting dan sekali kau punahkan kejujuran dengan pembohongan, perhubungan itu takkan kembali seperti sediakala.
JUJUR. Kadang-kadang kita pun tak jujur dengan diri sendiri dan diri kita sendiri aje tau sama ada kita bohong atau tidak. Orang sekeliling, apa mereka tau? Mereka tengok kita daripada luaran aje, tapi dalaman kita, hanya Allah dan diri kita sendiri yang dapat nilai.
Nampak! Allah sayang sangat dekat kita tapi kita tak sayang diri sendiri. Allahu Allah~ Hurrmmmmm cuba ambil dua helai kertas kosong dan kemudian senaraikan keburukan orang lain yang kita benci pada salah satu kertas. Mungkin penuh satu kertas tu kan? Mungkin tak cukup sehelai kertas tu untuk kita senaraikan.
Kemudian, ambil lagi satu kertas dan senaraikan pula keburukan kita yang buat orang benci. Penuh tak kertas tu? Mesti kertas tu banyak ruang kosong sebab kita tak dapat fikirkan keburukan kita. Bagi masa tambahan sekalipun, sejuta tahun sekalipun, kita takkan dapat tulis keburukan kita penuh sehelai kertas berbanding dengan keburukan orang lain.
Jadi, walau apapun keburukan seseorang, pasti kita ada keburukannya juga. Cuma kita akan nampak keburukan orang lain berbanding diri sendiri. Betul tak?
NotaKaki: Siapalah aku untuk menilai. Baiklah aku mencari keburukan diri aku sendiri dan cuba untuk memperbaikinya. Moga dipermudah segala urusan olehNya.
2 comments:
hanya kita yg tahu kita jujur atau tidak dlm kehidupan seharian.
kita mmg susah nak terima keburukan diri sendiri,sbb kita takut kehilangan sesuatu atau sbb ego
p.s/follow sini.. :D
aisya pon tak boleh nak komen diri sendiri , hanya orang yang dekat ddengan kita yang boleh cakap kita nih camne :) aisya dah follow sini , mohon follow balik ya http://aisyaieyka.blogspot.com
Post a Comment