Sunday, December 28, 2014

Kerja Kilang? Ok Apa!

Kilang yang aku nak kerja tu kilang elektronik. Buat kerja lebih kurang macam dalam gambar ni.

Asalamualaikum. Sementara nak tunggu result SPM, semestinya aku nak cari kerja sementara. Aku kerja bukan untuk suka-suka tapi aku nak kerja untuk capai matlamat aku iaitu nak ambil lesen. Ramai kawan aku buat lesen guna duit parent diorang dan kenapa aku tak? Hurmmm aku taknak lah menyusahkan mak abah aku. Lagipun duit lesen boleh tahan mahal jugalah. Hari tu aku check harga lesen motor RM 399, lesen kereta RM 889 dan lesen motor+kereta RM 1299. Terbeliak mata aku tengok. Then, dapat pula nasihat percuma daripada kakak yang terangkan pasal lesen ni. Dia cakap, "Akak nasihat adik ambil lesen tahun ni juga (2014) sebab tahun depan (2015) harga lesen akan naik lagi sebab GST." Aku diam ajelah. Niat di hati memang nak buat tahun ni tapi mengenangkan harga lesen tu, aku kuburkan juga niat tu. T_T Harga lesen tahun ni buat mata aku terbeliak, mungkin harga lesen tahun depan mata aku terus terkeluar. Hahahahahaha XD sedih sebenarnya

Semua pasaraya aku dah minta, tapi semua tak panggil-panggil. Aku sanggup naik bas rapid semata-mata nak cari kerja, tapi usaha aku yang sedikit tu tak membuahkan hasil. Apa yang lebih menyakitkan hati, dekat luar kedai tulis besar-besar, JAWATAN KOSONG. Masuk kedai kata, "Takdalah dik. Minta maaf la yer." Haila~ So pilihan terakhir yang aku ada ialah kerja kilang. Ok apa kerja kilang, transport disediakan, surau untuk pekerja solat disediakan, gaji basic RM 900. Haa cukup lah tu! Apa yang lagi best, kakak aku pun kerja dekat situ juga, Alhamdulillah! In shaa Allah aku akan pergi interview bulan Januari 2015. Doakan aku yer semua, moga aku dapat kerja! :)

Bila aku cakap kerja kilang, mesti ramai akan cakap macam ni, "Kerja kilang banyak warga asing. Bahaya kalau perempuan kerja dekat sana." Bagi aku, semua kerja bahaya. Apa yang penting, in shaa Allah kalau pandai jaga diri, selamatlah kita. Allah kan ada untuk jaga aku. So aku tak perlu risau. Yakin padaNya. Bila kita jaga Allah, Allah akan jaga kita. Betul tak? :)

Mungkin bila aku balik kerja, aku akan tidur macam ni.
Orang kata kerja kilang letih gila! Tapi aku akan cuba

bertahan dan buat kerja aku dengan sebaik mungkin.
Aku akan berikan yang TERBAIK! Hee~
TAPI.....

Bila dah dapat gaji, mungkin muka aku akan jadi macam ni.
Hahahahaha XD


NotaKaki: Doakan aku, moga aku dapat kerja tu yer. Amin! ^_^

9 comments:

Unknown said...

In shaa Allah dpt keje tu nanti.. Yana pon pernah keje kilang, ok jer warga asing tuh..btw, jom join GA yana.. ^^

Unknown said...

Jgn pndang rendh dgn org yg bkerja kilang. amik positif semua akn oke oke je. kan? hehe. bila dpt gaji tu yg syok gilaa. (Y)

Syaza said...

Assalamualaikum. saya tag awak.

http://misschoco-berries.blogspot.com/2014/12/postcards-giveaway-from-czech-germany.html

Unknown said...

kalau kakak ada kat tempat yg sama, insya-Allah senang kalau nak minta tolong apa-apa. kalau Shiqah takde kenal sesiapa, agak bahaya bagi akak. memang Allah akan jaga, tapi kita sendiri kena tinjau juga keselamatan tempat tu :)

fifie feyca said...

just do it! fighting!!

Unknown said...

Kerja apa pun ok. Janji dapat gather pengalaman baru. Tapi before kerja memang kena tengok jugak lah situasi tmpt tu mcm mana. Selamat bekerja dik. Hehehe :)

Cik_Shiqah said...

Terima kasih semua :)

aishah said...

InshaAllah rezeki awak ada kat sana. Good luck! Jaga diri ya~ xoxo

Nana Liena said...

dlu nak komen,tapi tak sempat ..! heheh
sya dulu pernah jga kerja kilang..tpi bertahan 3 hari ja sebab berat pula kerja kat situ.. tambah2 lagi kerja kilang nak kena cepat segala.. boleh ja cepat cuma ada gangguan drp lelaki..kena hati2 okay...tak kiralah tempatan ke asing ka mmg kena jaga2 batas tu..