Sunday, January 11, 2015

Saya Lupa Segalanya Dek Kerana Penangan KPOP


Assalamualaikum. Baca post Cik Iman ni, saya geleng-geleng kepala. Baru tahu pasal isu ni dan sangat kesal pun ada. Tertanya-tanya pada diri sendiri, mana akhlak dan pekerti sebagai seorang muslim? Mana malu yang perlu ada dalam diri seorang muslimah, yang sepatutnya menjadi perisai dan perhiasan diri? Baru saya tahu, pada akhir zaman ni, dua perkara yang hilang pada wanita ialah sifat malu dan akhlak mulia. Saya sedih kerana hal ini membabitkan wanita, dan benarlah wanita ini amat mudah terpedaya dengan godaan duniawi. Tak semua tapi kebanyakkannya.

Sejujurnya, saya juga peminat kpop, saya juga layan aje drama korea dan saya juga paling suka tengok cerita Running Man, tak pernah terlepas episod. Kalau terlepas, akan cover balik tengok di internet. Tapi seminat-minat saya, saya tak terlalu taksub sangat kerana walau seminat mana pun kita dekat sesuatu tu, Islam telah menetapkan batasan-batasan yang wajib kita patuhi. Mengapa perlu langgar batasan yang telah ditetapkan? Akhir zaman katakan, Allahu Allah. Moga Allah ampunkan dosa dan kesalahan kita semua. Amin..

Selalu berhibur tak semestinya lupa pada agama. Faham maksud ayat tu? Kalau tak faham, fahamkan sungguh-sungguh dan sematkan dalam hati. Semoga menjadi panduan kepada diri dan hati yang sentiasa turun naik paras imannya. Yang penting jika terasa mahu buat dosa, cepat-cepat ingat mati. Kematian itu untuk menyedarkan kita yang masih hidup atas bumi Allah ni. Supaya terus beribadah dan beriman kepada Allah sebab kita pun akan mati juga.

Saya akhiri post ini dengan petikan surat Saidina Ali kepada Salman Al-Farisi. Moga dapat kita ambil pengajaran daripada isi surat tersebut.
"Dunia itu adalah seumpama ular, lembut sentuhannya, tetapi bisanya mematikan. Maka berpalinglah anda dengan dengan menjauhkan diri dari semua sesuatu yang menimbulkan kekaguman anda padanya (dunia) kerana (akan menjadi) sedikit sesuatu yang menyertai anda dari (bahaya) dunia itu."
Ilaliqa' :)


NotaKaki: Aku pun tak sempurna mana. Post ni pun sebagai peringatan untuk aku juga. Moga Allah tetapkan hati kita semua di jalan yang diredhai dan penuh dengan rahmatNya. Amin..

9 comments:

Unknown said...

Betul tu..nak minat tak salah. Asalkan tidak melebihi batas agama. Uishh kes kena peluk haritu? MaSyaAllah. Pelik sungguh. setahu sara, masa dia buat show even dengan orang lain. Takde peluk dok semua tu. Tapi dia dah nampak perempuan tu bertudung kan? apo masalahnya tak respect lansung. Sara pun minat drama korea. Tapi kena tahu batas batas dia :)

http://sarahhijabista.blogspot.com/

Unknown said...

dunia dah makin tenat.. T_T

akak, jap nak selit.knp Jie x boleh reply komen akak kt blog Jie? tkda button reply klau kat komen akak. huu.

Unknown said...

Alan pun minat kpop..selalu tak terlepas tengok runningman and roommate tapi mak Alan marah kalau benda Alan minat ni abaikan pelajaran atau agama .mak kata minat boleh tapi jangan benda lain terabai :)

The Big Sengkuang said...

Setiap orang memiliki genre musik mereka masing masing. Tapi, perlulah dikawal diri. Tak kisah lah kpop ker, jpop ker, balada , dangdut ker. Janji kawal diri.

Like, minat dangdut, tapi kawal diri cuma minat musiknya. Bukan minat pada goyangan pinggul penyanyi dangdut tu. :D

anamizu said...

kalo minat cmne skalipon, adab & batas kena jaga kan shiqah kan

Cik Fafa said...

saya pun kalau layan drama korea, memang sehari suntuk la dok layan. haha. tapi tu la, dengan apa yang jadi ni, semoga bagi pengajaran kepada kita smeua supaya berpada-pada. ^^

Madam N said...

yOU DI tAG!! :)

Unknown said...

exactly! Malaysians are being typical Malaysians.

Hana pun since kecik darjah berapa lagi layan Korea. nak buat camne, minat kita kat situ. and till now dok ikut perkembangan Kpop. walau apapun batasan tetap kena jaga.

bab peluk cium tu bagi K-idols memang benda biasa sbb diorang bagi fan service tanda appreciate fans diorang. bukan soal respect atau tidak tapi itu memang budaya mereka. kita yg Muslim terhegeh hegeh nak dipeluk.

and ada seorang yang pergi fanmeet tu kata, K-idol tu tanya boleh ke nak peluk and MC yang Chinese nak halang tapi budak perempuan tu yang peluk K-idol tu dulu. wallahualam.

apa apa pun harap hentikanlah canang gambar mereka sana sini, bash mereka, kutuk mereka. bayangkan kalau budak2 perempuan tu anak-anak, adik beradik kita? nasihatilah mereka dengan baik. kita taktau jika mereka berubah, perubahan mereka lebih baik daripada kita

:)

Muhammad Shahril said...

singgah sini sambil klik nuffnang . jom ke blog shahril . ade entry baru !

http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/01/tarikh-agihan-duit-br1m-2015.html